Walaupun pastri puff segera mudah didapati di pasaran dengan pelbagai jenama, tetapi sesekali
kalau anda ingin membuatnya sendiri. Ini RASA kongsikan cara membuat pastri puff yang berlapis-
lapis nipis dan rangup, bagaikan terasa sedapnya bila dijadikan kulit pai.
1. Guna Bahan Segar & Berkualiti:
Untuk membuat pastri puff bahan yang digunakan adalah tepung gandum protein tinggi, pastry
shortening atau mentega khusus untuk pastry, margerin, kuing telur, garam dan air sejuk.
Pastikan semua bahan ini dalam keadaan segar terutamanya kuning telur supaya hasil pastri puff
menjadi dengan cantik, rasa lebih sedap, rangup.
Ads
2. Cara Mencampur Bahan:
Perkara pertama perlu dilakukan adalah campurkan tepung gandum, garam, margerin, adaun hingga
menjadi seperti serbuk roti. Kemudian masukkan kuning telur dan air sedikit demi sedikit, adun
bahan sehingga menjadi doh lembut. Jika menggunakan mixer, gunakan kelajuan perlahan
(sekejap sahaja). Bungkus doh yang sudah siap dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti
sejuk sekejap.
Ads
3. Hati-Hati Roll Adunan Pastri:
Salah satu tip mendapatkan pastri puff yang cantik dan sedap
bergantung kepada cara anda roll atau canai pastri. Cara terbaik, canaikan pastri menggunakan
rolling pin di permukaan yang rata dan tabur permukaan itu dengan tepung gandum supaya adunan
tidak melekat. Kemudian letakkan mentega atau shortening khas untuk pastri. Kemudian lipat
adunan tadi dan gilang semula adunan secara perlahan hingga mendapat ketebalan 1/2cm. Bagi
mendapatkan beberapa lapisan pada pastri puff maka anda harus ulang proses yang sama beberapa
kali dengan cara lipat sisi kanan dan kiri adunan pastri ke bahagian dalam tetapi jangan
sampai ke dua bahagian ini bercantum. Kemudian lipat lagi hingga lipatan bercantum dan canai
perlahan-lahan.
Ads
4. Simpan Adunan Pastri Dalam Peti Sejuk:
Langgan Rasa
Jika pastri puff selesai dicanai, bungkus adunan dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk
selama beberapa jam (lebih elok simpan sehari). Tujuannya supaya mentega menjadi sebati dengan
doh agar semasa dibakar ia dapat mengembang dengan baik disetiap lapisan dan hasilnya ia
sungguh lemak, masin dan rangup sempurna seperti diharapkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Sudah dibaja dan sudah disiram tapi tanaman masih tidak mahu berbunga atau berbuah? Pernah mengalami masalah begini? Hasil perkongsian dari Normala Saad yang banyak memberi tip untuk membuat plant booster penggalak tumbesaran dan kesuburan semulajadi tumbuhan. Hanya menggunakan bahan terbuang dari lebihan masakan.
Lebihan nasi jangan dibuang, walaupun ianya sudah mula berkulat putih di atasnya. Blender dengan air beras. Siram di pokok. Jadi jangan buang nasi basi ya..sebab ianya mengandungi banyak bakteria berfaedah yang berpotensi mengembur bahan-bahan organik dalam tanah. Hampasnya boleh di tanam pada pokok besar.
Sama fungsinya seperti di atas, Roti expired. Caranya: Sekeping roti sandwich di carik halus masukkan dalam botol mineral 1.5 ml yang telah disi dengan air hujan / air tanpa klorin. Peram empat hari. Tapis sebelum guna. Kesannya pokok cepat subur. Dalam masa seminggu boleh lihat keberkesanannya.
Paling best jambu merah tut ini. Waktu sampai dekat saya habis patah riuk. Kotak pun terpenyek dan basah lencun. Saya ingat 50-50 hidup…Setiap minggu saya bagi sup kulit dan air roti berterusan. Berselang seli dengan baja. Beberapa bulan kemudian, hasilnya macam dalam gambarlah! Ranting yang patah pun sembuh. Buah berketul naik. Daun besar menghijau..pokok pun dah tinggi…Torenia masa beli merimbun kemudian mulai mereput. Saya kerat sampai tinggal sikit. Siram air roti tiap minggu. Hasilnya rimbun balik. Penuh berbunga. Sukaa…
Inilah hasil penggunaan dari penyediaan mudah dan ringkas plant booster ini. Semuanya dari sisa makanan yang sudah expired. Walaupun ada banyak lagi cara penyediaannya, tapi saya lebih suka memilih tiga cara yang mudah ini. Selain baja plant booster ini benar-benar membantu menyuburkan pokok. Saya sudah, Kawan-kawan? – Normala Saad
Korang mesti dah biasa makan aiskrim sundae kat restoran makanan segara, sekali makan memang rasa tak cukup. Apa lagi anak-anak , dia orang memang ni memang tak cukup satulah kalau ditanya. Jadi, apa kata korang cuba buat sendiri aiskrim ni, sebab ia senang sangat nak buat sendiri kat rumah. Takda resipi? Ini RASA sharekan di sini. Mak-mak boleh buat, gerenti anak puji.
AISKRIM SUNDAE
BAHAN-BAHAN:
50gm gula halus
100gm serbuk koko
475 ml susu cair | sejukan
1 sudu teh perasa vanilla
BAHAN SOS:
130 gm gula halus
100gm bubuk cokelat
175gm ekstrak kopi cair
1 sudu teh perasa vanilla
CARA MEMASAK:
1.Campurkan serbuk koko dan gula dalam mangkuk.
Tambahkan susu, vanila, kacau rata supaya tidak supaya tidak berketul.
Tuang ke dalam loyang 20×20 cm, bekukan. Sekurang-kurang 1jam 30 minit.
Keluarkan adonan, lalu potong dadu dan masukkan ke blender, kisar hingga lembut dan creamy.
Masukkan ke dalam plastik, tutup rapat dan bekukan lagi lebih kurang 2-3 jam.
Untuk menyediakan sosnya, campurkan gula dan serbuk koko dalam periuk kecil.
Tambahkan ekstrak kopi, masak mendidih dengan api kecil.
Seketika kemudian tutup api, Kacau rata hingga pekat.
9.Biarkan seketika baru masukkan vanilla.
Skopkan aiskrim ke dalam gelas, kemudian tuangkan sos coklat di atasnya.
Tip simpan rebung ini kena tahu sebab ramai yang suka makan rebung, tapi nak dapatkan rebung segar bukan selalu ada. Musim-musim tertentu saja rebung banyak, kalau tak, kena tunggu atau beli yang dah diawet, rasa pun kurang asli.
Sebenarnya ada cara mudah untuk menyimpan rebung supaya tahan lama, sampai setahun pun boleh! Ini petua orang lama, gerenti tahan lama.
Tip Simpan Rebung Tahan Lama
Rebung yang sudah dihiris, cuci bersih.
Rebus rebung dalam air biasa sampai menggelegak.
Tutup api, biarkan rebung sejuk dalam air rebusan.
Masukkan garam secukup rasa, lebih kurang macam buat jeruk petai — jangan terlalu masin.
Simpan dalam bekas bersih, tutup rapat. Supaya tahan lama, simpan dalam peti sejuk.
Kalau suka versi rebung masam, boleh rendam dalam air biasa tanpa rebus — lepas 2-3 hari dah boleh masak, tapi bau agak kuat.
Rebung yang baru direbus
Petua ini lebih praktikal kerana rebung yang dah direbus tak masam, bau pun tak menusuk. Sesuai sangat buat pajeri, acar, atau ulam.
Dah ada stok rebung, bila-bila teringin boleh masak. Paling penting, simpan dalam bekas bersih dan pastikan air rendaman sentiasa ditukar kalau nak simpan lebih lama.
Rebung selepas dua minggu disimpan
Tip Ekstra
– Rebung segar sebaiknya dibuang lapisan luar keras, ambil bahagian dalam yang muda dan lembut.
– Kalau simpan lama, periksa air rendaman, kalau keruh atau berbuih, tukar air baru.
– Simpan dalam peti sejuk tahan lebih lama, nak masak tinggal ambil saja.
Sup kosong ini sering jadi pelengkap hidangan seperti nasi ayam kunyit, nasi goreng atau masakan panas bila makan di gerai. Walaupun namanya 'kosong', rasa...