Cara Buat Mi Kuning Paling Senang, Terjamin Bersih & Bebas Pengawet.

Share

Kenapa perlu beli mi kalau selalu tak puas hati, kenapa tak buat sendiri kerana sungguh senang nak buat mi ni. Tak banyak bahan diperlukan dan paling penting bebas bahan pengawet dan terjamin kebersihannya.  Nak resipi, RASA kongsikan di bawah siap dengan DIY cara membuatnya sekali. Korang tak menyesal mencuba.

 

MI KUNING

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg tepung gandum
  • 350 ml air
  • 1 sudu teh air abu
  • 1 sudu makan garam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • pokok daun ketumbar

 

LANGAH DEMI LANGKAH:

LANGKAH 1:  Masukkan tepung, garam, serbuk kunyit , air dan  daun ketumbar dalam mangkuk.

LANGKAH 2:

 Gaulkan adunan menjadi doh . Kemdudian bulatkan kepada beberapa bahagian.

LANGKAH 3:  Canaikan doh menjadi nipis menggunakan mesin pengelek  2-3 kali.

LANGKAH 4:  Seterusnya  masukkan kepingan doh dalam mesin  untuk membentuk mi.

LANGKAH 5:   Panaskan air, tambahkan sedikit minyak di dalamnya dan celur seketika mi.

LANGKAH 6:   Gaulkan mi yang telah ditoskan dengan minyak bawang putih.

 

IKLAN