Cara Buat Mi Homemade Tanpa Pengawet Guna 1 Cawan Tepung Gandum

Share

Mi homemade ni memang sedap dan boleh hasilkan macam-macam menu. Biasanya kita beli je kan tapi menerusi perkongsian saudari Zurina Zulkefli, beliau kongsikan cara-cara buat mi homemade tanpa pengawet yang sangat mudah. Paling penting tidak menggunakan bahan pengawet seperti Asid borik, air kapur mahupun perasa tambahan. Hanya guna 4 bahan utama iaitu, tepung gandum, serbuk kunyit, garam dan dan air. Jom cuba! Anda pasti kagum bila lihat hasilnya.

RESIPI MI HOMEMADE TANPA PENGAWET

BAHAN-BAHAN:

1 cawan tepung gandum – diayak (beli online disini)
Secubit serbuk kunyit (beli online disini)


Secubit garam halus
Air – tiada sukatan tepat tapi air perlu dituang sedikit demi sedikit sehingga tepung menjadi doh

CARA MEMASAK:

1. Satukan tepung, serbuk kunyit dan garam. Gaul.


2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambal uli tepung hingga menjadi doh.
3. Bila selesai menjadi doh, rehatkan selama 10 minit.
4. Uli doh kembali secara berulang kali sehingga menjadi doh yang sebati. Kemudian leperkan dan gelek menggunakan mesin mee manual sebanyak 3 kali.


5. Hasil doh yang digelek tadi menjadi kepingan seperti kain. Selain dibuat mi, kepingan doh ini juga boleh ditekap untuk dijadikan kulit dumpling.


6. Selaraskan mata mesin dan lalukan kepingan doh untuk menghasilkan mi.


7. Gumpalan mi yang siap dipotong.


8. Didihkan air dan rebus mi selama 6 minit. Kemudian tos dan rendam sekejap dalam air sejuk. Ia bertujuan untuk mengekalkan tekstur kekenyalan mi.


9. Mi yang siap tadi boleh dimakan bersama sup. Sup yang empunya resipi buat ini adalah Sup Sayur sahaja. Sesuai untuk dimakan oleh anak-anak.

 

RESIPI SUP SAYUR

BAHAN-BAHAN:
2 ulas bawang putih – diketuk (beli online disini)
1 sudu makan minyak masak
Air secukupnya
Sedikit serbuk pati ayam (beli online disini)
Garam secukup rasa (beli online disini)
Sawi jepun
Lobak merah

CARA MEMASAK:

1.Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan air secukupnya diikuti serbuk pati ayam dan garam halus.
3. Bila kuah mendidih, masukkan sawi jepun dan lobak merah. Masak hingga sayur lembut.
4. Angkat dan hidangkan bersama mi.

Kredit resipi & foto: Zurina Zulkefli

Suka shopping online? Dapatkan baucar FREE SHIPPING dengan belian minima RM10 DISINI!

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN