Cara Buat Laksa Homemade. Resipi Mudah, Hanya Guna 4 Bahan

Share

Laksa homemade memang mempunyai tekstur yang berbeza jika dibandingkan dengan laksa kering. Teringin nak buat laksa sendiri? Boleh cuba resipi perkongsian saudari Nora Sheka di bawah ini. Pasti sangat sedap! Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

RESIPI LAKSA HOMEMADE HANYA GUNA 4 BAHAN

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung beras
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu kecil minyak masak
  • Air panas mendidih secukupnya | bergantung jumlah tepung

CARA MEMASAK:

1.Gaul semua bahan menggunakan sudip kayu sehingga menjadi doh.

2. Bahagikan tepung mengikut acuan laksa. Uli doh menggunakan tangan apabila doh menjadi suam. Jangan biar sampai tepung sejuk. ( Sapu sedikit minyak di tangan untuk elakkan tepung melekat)

 3. Masukkan doh ke dalam acuan dan tekan ke dalam periuk kukusan. Sapu sedikit minyak pada pengukus bagi mengelakkan laksa melekat.

4. Kukus selama 20 minit. Pastikan air dalam kukusan betul-betul mendidih sebelum mengukus laksa. Bila tepung kelihatan berkilat, ia menandakan  laksa telah masak.

5. Angkat dan rendam dalam air sejuk. Biar seketika.

6. Setelah laksa sejuk, lerai-leraikan laksa tersebut. Masukkan laksa kecdalam penapis dan alirkan di bawah air mengalir. Toskan. Sedia untuk dinikmati mengikut citarasa anda.

Kredit resipi & foto Nora Sheka

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Elina