Cara Buat Kuih Sagu Kukus Guna Acuan Lompang.

Share

Kuih Sagu antara kuih muih lama yang sedap dan paling mudah nak buat. Teksturnya yang lembut, manis dan dinikmati bersama kelapa parut menjadikan sajian ini digemari semua golongan. Bagi anda yang terasa nak makan Kuih Sagu untuk minum petang

, resipi perkongsian saudari Sitihawa Ahmad ni boleh dicuba. Memang mudah!

 

RESIPI KUIH SAGU

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan sagu
  • 2 1/2 cawan air
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1/2 sudu teh pewarna merah @ hijau
  • 1/2 biji kelapa parut – kukus terlebih dahulu supaya tahan lama
  • Sedikit garam halus
  • Sedikit minyak untuk sapu acuan

CARA MEMASAK:

1. Panaskan air dan masukkan pewarna. Kacau rata.

2. Bila mendidih, masukkan sagu dan gula. Kacau serta masak hingga kembang dan likat.

3. Padamkan api dan masukkan sagu ke dalam acuan-acuan kecil atau acuan lompang. Boleh juga guna loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak.

4. Kukus sagu sekali lagi selama 15-20 minit.

5. Sejukkan sagu seketika sebelum dikeluarkan dari acuan.

6. Tabur kelapa parut yang telah dikukus dan digaul dengan sedikit garam halus.

7. Siap dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Sitihawa Ahmad

IKLAN