Cara Buat Kuih Lepat Inti Pisang Yang Lembut & Sedap

Share

Sesetengah tempat memanggil kuih ini kuih mata roda dan ada juga yang memanggilnya kuih lepat inti pisang. Kuih ini memang sedap dimakan sebagai hidangan minum petang. Anda wajib cuba di rumah. Boleh juga buat untuk dinikmati bersama keluarga sempena Hari Raya Haji yang bakal menjelang lagi beberapa hari lagi. Jom kita intai resipi perkongsian Seri Munggle Itaylum ini.

RESIPI KUIH LEPAT INTI PISANG

 

BAHAN A:

  • Ubi kayu yang diparut
  • Gula pasir secukup rasa
  • Serbuk vanili (boleh skip kalau takde)
  • Secubit garam
  • Pewarna makanan (resipi asli warna merah dan hijau)

 

BAHAN B:

  • Pisang untuk inti (apa-apa pisang yang sesuai untuk dikukus ye)
  • Daun pisang untuk membungkus
  • Kelapa parut untuk taburan

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Campur semua bahan A kecuali pewarna, kacau sehingga sebati. Asingkan dalam dua bekas dan letak pewarna apa yang anda mahukan.

 

2. Letak bahan A yang sudah dicampurkan dengan pewarna dalam 4 sudu. Anda boleh patternkan sendiri bagaimana bentuk yang anda mahukan, bungkus dan gulung menggunakan daun pisang. Ketip menggunakan lidi yang tajam.

 

3. Kukus selama lebih kurang 30 minit.

 

4. Selepas siap mengukus, buka bungkusan daun pisang, potong dan taburkan kelapa parut.

 

Jika anda sedang mencari FOOD STEAMER, boleh klik DISINI.

KREDIT RESIPI & FOTO: SERI MUNGGLE ITAYLUM

 

Artikel menarik yang boleh dibaca:

 

Resipi yang boleh dicuba di rumah:

IKLAN