Cara Buat Kerepek Biji Durian. Sedap Rupanya!

Share

Jom cuba buat Kerepek Biji Durian. Maklumlah, durian harganya memang mahal. Sebiji sahaja boleh mencecah puluhan ringgit. Itu belum lagi jika anda beli durian gred premium seperti D24, Musang King, Duri Hitam dan sebagainya. Jadi, alang-alang dah mahal tu, jangan membazir. Bijinya tu boleh dijadikan kerepek. Saudari Zakiah Abdullah ada kongsikan resipinya. Jomcuba!

 

RESIPI KEREPEK BIJI DURIAN

BAHAN-BAHAN:

  • Biji durian
  • Garam halus
  • Minyak masak

 

CARA MEMASAK:

1. RENDAM

  • Kalau nak buat kerepek, biji durian seelok-eloknya direndam semalaman supaya senang nak buang bahagian buah dan sedikit kulit yang masih melekat pada biji durian.

2. KERINGKAN

  • Selepas dibersihkan, jemurkan biji durian tadi supaya kering sedikit. Jika tidak, biji durian ini akan berlendir seterusnya menyukarkan proses menyagat nanti.

3. SAGAT

  • Sagat biji durian mengikut ketebalan yang anda gemari. Sebaiknya, sagat nipis supaya kerepek mudah rangup apabila digoreng.

4. GORENG

  • Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan. Toskan minyak.

5. TAMBAH GARAM

  • Sebagai penambah rasa, taburkan sedikit garam halus. Gaul rata. Sedia untuk dinikmati!

 

Kredit resipi & foto: Zakiah Abdullah

 

Tercari-cari ‘RICE COOKER’ yang berkualiti dengan harga yang berpatutan? Boleh dapatkan DISINI.

 

Nak lebih banyak resipi best? Boleh cuba resipi di bawah ni:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN