Cara Buat Kerepek Batang Pisang Rangup. Tak Rasa Kelat , Buat Ralit Makan

Share

Biasa kita merasa macam macam jenis kerepek, antaranya kerepek pisang, keledek, ubi dan sebagainya. Pernah tak anda merasa kerepek batang pisang? Rupanya enak batang pisang ini dibuat kerepek. Jom kita tengok cara membuatnya.

Bahan-bahan:
Batang pisang nipah atau nama lain batang pisang kepok dan batang pisang abu
200g tepung goreng bestari
50g tepung beras
minyak masak secukupnya

Cara membuat:

1) Cari batang pisang nipah, lepas itu ambil batang pisang tersebut. Ambil lapisan yang kedua dan seterusnya.

2) Buang kulit batang pisang nipah tersebut, kerana ia akan memberi rasa kelat dan juga pahit

3) Rendam batang pisang nipah yang telah dibuang kulitnya dan bilas sehingga bersih. Ulang langkah ini sebanyak 2-3 kali bagi membuang getah yang ada pada batang pisang tersebut .

4) Sediakan bekas yang bertutup, masukkan tepung goreng bestari dan juga tepung beras, fungsi tepung beras adalah untuk seimbangkan rasa masin yang ada pada tepung goreng bestari.
5) Masukkan batang pisang yang telah siap dibersihkan kedalam adunan tepung tadi.
6) Tutup bekas dan goncang sehingga tepung menyaluti batang pisang tersebut

7) Panaskan minyak dan mula mengoreng

8 ) Goreng sehingga buih pada minyak berkurang. Ia menandakan batang pisang telah siap digoreng dan memberikan kerangupan yang sempurna.

9) Angkat dan toskan minyaknya


10) Siap untuk dihidangkan bersama seisi keluarga

Kredit: BJS KITCHEN & BANG JAT STUDIO

ADA YANG NAK MEMBELI KUALI NON STICK, BOLEH LIHAT DI SINI.

IKLAN