Jejaka Ini Kongsi Cara Buat Kek Span Pandan Paling Mudah & Dijamin Menjadi! Boleh Pakat Cuba.

Share

 

terliur lihat Kek Span Pandan yang dihasilkan oleh saudara Azizi Rais ni. Nampak gebu gila! Walaupun lelaki, siapa sangka beliau boleh hasilkan kek macam ni. Yang wanita pun ramai lagi ‘fail’ buat kek ni tau. Menurut saudara Azizi lagi, resipi yang beliau kongsikan ini adalah asas kepada kek span yang gebu dan lembut. Jika nak perasakan, hanya tambahkan pewarna dan perisa mengikut citarasa masing-masing. Nak cuba? Jom lihat bahan -bahan yang dieprlukan.

KEK SPAN PANDAN

BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji telur ayam gred A
  • 120gm gula
  • 150gm tepung naik sendiri
  • 50ml minyak masak
  • 1 camca besar ovalette
  • Pewarna hijau dan esen pandan. ( optional )
  • 9 inci loyang

 

CARA MEMBUAT:

1. Masukkan semua bahan-bahan kedalam mangkuk pengadun kecuali minyak masak. (Jika ingin kek berperisa pandan, oren atau sebagainya, boleh dimasukkan sekali masa ini).

 

2. Selepas itu mulakan dengan kelajuan perlahan, bila sudah sebati gunakan top speed

sampai adunan menjadi bertanduk.

 

3. Kemudia tuangkan minyak masak, kaup balikkan sehingga rata.

4. Masukkan dalam loyang 9″ yang telah dilapik dengan kertas minyak.

 

5. Bakar selama 40 minit dengan suhu 170’c atau golden brown atasnya.

6. Bila sudah masak sejukkan sabelum dikeluarkan. Tidak perlu hendak terbalikkan.

INFO: Kek span ini boleh di hias menggunakan topping buttercream dan whip cream.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Azizi Rais

 

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

 

IKLAN