Cara Buat Kek Pisang Tanpa Telur Tapi Tetap Sedap

Share

Walaupun tanpa menggunakan telur ayam, namun kek pisang ini tetap sedap. Menggunakan gula perang, menjadikan kek pisang ini bertambah sedap. Iedaa Jahaya berkongsi resipi ini di laman facebook Rasa Share Resipi. Jom try buat.

KEK PISANG TANPA TELUR

BAHAN-BAHAN
4 biji pisang berangan atau pisang emas (Lenyek guna garpu)
4 sudu besar gula perang
115 gram mentega (cairkan dan ketepikan) (BELI DI SINI)


120 gram butter milk (1/2 cawan susu segar + 1/2 sudu besar)
Esen vanila (BELI DI SINI)

BAHAN KERING (diayak)
160 gram tepung gandum (BELI DI SINI)
25 gram serbuk koko
1 sudu kecil baking powder (BELI DI SINI)
1/2 sudu kecil soda
1/2 sudu kecil garam

CARA MEMBUAT
1. Pisang yang telah dilenyek tadi dicampur dengan gula perang. Kacau sehingga gula larut.
2. Masukkan mentega yang telah dicairkan.
3. Gaul sebati. Masukkan pula butter milk dan esen vanila. Gaul sebati.
4. Kemudian masukkan bahan kering sedikit demi sedikit supaya tidak berketul.
5. Tuang dalam loyang yang disapu marjerin dan lapik dengan baking paper.
6. Tabur chocolate cip, letakkan hirisan pisang.
7. Kemudian bakar dalam ketuhar pada suhu 160 darjah selama 40 minit. (BELI KETUHAR DI SINI)
.


Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Iedaa Jahaya

NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/resipi-oreo-cheesecake-yang-mantap/
https://rasa.my/lelaki-ini-olah-roti-jadi-biskut-kering-bergula-kreatif-sungguh/
https://rasa.my/perghhh-mantap-sungguh-gulai-ikan-tenggiri-paling-power-ni/

Jom tengok video ni
https://www.youtube.com/watch?v=aEt_c9-AsQo

IKLAN