Cara Buat Kek Pisang Sukat Guna Cawan

Share

Suka dengan rasa kek pisang.  Kalau kena caranya, berulang kali boleh menikmatinya ditemani kopi panas. Buat yang ingin cuba buat sendiri boleh cuba resipi mudah ini.

Bahan-bahan:
3/4 gula pasir- suka manis bolehlah letak 1 cawan.


1 cawan marjerin atau butter
3 biji telur-kita guna gred B.
1 setengah cawan tepung naik sendiri
4 biji pisang. Kami guna pisang berangan-lenyekkan

Cara buat:
1. Satukan gula pasir dengan marjerin. Putarkan sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu-putar sehingga kembang.


3. Masukkan tepung naik sendiri. Putar lagi dan akhir sekali masukkan pisang. Putarkan sekejap.

4. Masukkan dalam loyang. Loyang sapukan dengan marjerin dulu ye. 😊. Anggaran loyang saiz 8. Loyang bulat pun bolehh.
5. Hiaskan dengan potongan pisang.
6. Bakar dengan suhu 160°c selama 30 minit. Bergantung oven sendiri.

Siap dah kek pisang. Mudah dan jimat masa.

Muhd Arif
Afif Ashraf

credit : Noorsuziyati Misman
#mahn

IKLAN