Cara Buat Kek Beras & Masak Tteokbokki Homemade

Share

Bagi peminat drama dan rancangan Korea, pasti biasa melihat menu Tteokbokki ni. Ia berupa sajian kek beras yang dimasak menggunakan sos pedas. Sangat popular di negara Kimchi. Di Malaysia, hidangan ini boleh dinikmati di restoran masakan Korea namun harganya agak mahal. Malah jika buat sendiri pun, bahan-bahannnya agak sukar didapati.

Istimewa bagi anda yang nak cuba menu ini, saudari Zurina Zulkefli ada kongsikan resipinya. Sangat mudah dan menggunakan bahan-bahan yang ada di Malaysia je. Jom cuba!

RESIPI KEK BERAS & TTEOKBOKKI HOMEMADE

 

BAHAN KEK BERAS:

  • 1 cawan tepung pulut
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • Secubit garam
  • Sedikit minyak bijan
  • Air suam

CARA MEMBUAT:

1. Campurkan semua bahan dan masukkan air suam sedikit demi sedikit. Uli hingga jadi doh yang tidak melekat di tangan.

2. Uli doh memanjang dan potong kecil.

3. Sapukan minyak bijan pada pinggan. Letak potongan kek beras dan kukus selama 5 minit.

4. Setelah siap dikukus, rendam kek beras ke dalam air sejuk bagi mengekalkan kekenyalannya.

5. Ketepikan kek beras dan sedia untuk menyediakan sos Tteokbokki.

 

BAHAN KUAH TTEOKBOKKI:

  • 3 ulas bawang putih – cincang
  • Sudu makan minyak masak
  • 1 sudu makan pes cili giling
  • Sedikit air
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Gula
  • 1 sudu teh stok ayam
    (jika nak pedas, boleh masukkan sos pedas Korea)
  • Beberapa batang sosej – hiris
  • Telur rebus

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih hingga wangi.

2. Masukkan pes cili giling, sedikit air, sos cili, sos tomato, sos tiram, gula dan stok ayam. Masukkan sos pedas Korea jika mahukan rasa Teokbokki yang pedas.

3. Kacau rata hingga sos likat dan mempunyai rasa pedas dan manis.

4. Kemudian masukkan Tteokbokki (kek beras) dan hirisan sosej ke dalam kuah. Masak selama beberapa minit.

5. Hidang Tteokbokki bersama telur rebus dan taburan biji bijan.

 

Kredit resipi & foto: Zurina Zulkefli

 

Tercari-cari ‘RICE COOKER’ yang berkualiti dengan harga yang berpatutan? Boleh dapatkan DISINI.

 

Nak lebih banyak resipi best? Boleh cuba resipi di bawah ni:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN