Cara Buat Kastard Labu Yang Lembut & Terasa Lemak Pada Setiap Gigitan

Share

Kastard labu merupakan antara pencuci mulut yang cukup popular di Thailand. Kastard ini begitu lembut dan terasa lemak santan dalam labu yang dikukus. Jika tiada santan segar, boleh diganti dengan susu cair. Ini resipi perkongsian Naeamah Balqis, mudah dan tidaklah susah nak buatnya. Selamat mencuba!

KASTARD LABU

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji labu sederhana besar | dibuang biji
  • 1 cawan susu cair
  • 5 biji telur gred B
  • 2 susu makan tepung kastard
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Susu pekat atau gula | ikut tahap kemanisan anda

 

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Potong labu bahagian atas dan buang biji.

 

2. Kemudian, kacau sebati bahan-bahan di atas.

 

3. Setelah sebati, tapis dan masukkan ke dalam labu.

 

4. Panaskan pengukus dalam 10 minit, baru masukkan buah labu tadi. Kukus sehingga masak.

 

5. Dah siap kukus, sejukkan dan barulah potong.

 

Kredit resipi & foto: Naeamah Balqis

 

Anda mencari PENGUKUS? Boleh klik DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

IKLAN