Cara Mudah Turunkan Kolesterol Hanya Guna 5 Bahan Semulajadi Ni.

Share

Kesihatan yang baik memang amat diinginkan oleh semua. Di pasaran terdapat lambakan produk-produk kesihatan namun kandungannya kita tak tahu. Bagi anda yang mengalami masalah kolesterol tinggi, jus ni boleh diamalkan. Ia menggunakan bahan-bahan semulajadi dan tanpa pengawet. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nurhafizah Mohmadzaini.

 

Jus lega yang saya selalu buat. 100% natural, tanpa bahan pengawet. Nak beli mahal kan. Sebotol dah RM80. Baik buat sendiri, jimat & bersih. Ni saya share cara saya proses jus lega ni. Guna sukatan cawan je.

 

JUS TURUNKAN KOLESTEROL

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan halia
  • 1 cawan bawang putih
  • 1 cawan lemon
  • 1 cawan cuka epal
  • 3 cawan air
  • Madu

 

CARA MEMASAK:

1. Kupas kulit halia, bawang putih dan Kisar halia, bawang putih dan lemon dengan 1 cawan air.

 

2. Dah siap kisar,satukan semua bahan dalam periuk dan masukkan cuka epal serta 2 cawan air. Masak hingga tinggal separuh dari cecair. Anggaran waktu masak selama 40 minit.

 

3. Padamkan api dan sejukkan selama satu jam. Kemudian masukkan madu.

 

4. Jumlah madu bergantung pada citarasa masing-masing. ( empunya resipi guna 1/2 cawan lebih ).

5. Bila dah betul-betul sejuk, tapis dan ambil jusnya sahaja. Isi dalam botol.

 

6. Kemudian bolehlah disimpan dalam peti sejuk. Jika nak simpan diluar pun boleh. ( empunya resipi sudah cuba. Setahun masih lagi dalam keadaan elok, rasa tak berubah dan tak basi.)

7. Resipi diatas boleh tahan selama 3-4 bulan. Jika nak banyak, boleh gandakan sukatan.

8. Cara minuma adalah: 1 sudu pagi & 1 sudu malam. ( goncang sebelum minum).

 

KHASIAT JUS TURUNKAN KOLESTEROL

Menurunkan kadar kolesterol dalam darah. 

Menyingkirkan toksin dalam badan. 

Menurunkan darah tinggi.

Menyembuhkan gout. 

Membuang angin dalam badan. 

Melawaskan 

Melancarkan perjalanan darah. 

Mampu menurunkan berat badan. 

Kaya dengan vitamin c.

 

 

Kredit resipi & foto: Nurhafizah Mohmadzaini

 

IKLAN