Cara Buat Jus Nanas Lobak Putih, Ikhtiar Untuk Masalah Batu Karang

Share

Jom cuba Jus Nanas Lobak Putih sebagai ikhtiar masalah batu karang. Sakit akibat masalah Batu Karang memang sukar diungkap. Hanya yang pernah mengalaminya sahaja tahu betapa sakitnya. Rawatan di hospital tentunya adalah yang terbaik. Jika anda mengalami masalah ini, segeralah berjumpa doctor untuk mencari rawatan serta ubatan yang terbaik.

Sekadar ingin berkongsi hantaran dari saudari Nur Ismail

yang menceritakan masalah batu karang yang dihadapi. Beliau mengambil minuman yang dihasilkan dari campuran nanas dan juga lobak putih. Berikut adalah perkongsian beliau:

Sebelum puasa saya kena batu karang. Pertama kali kena, sakitnya bukan kepalang. Hampir nak kena operation.

Tapi 10 minit sebelum masuk bilik untuk scoping, saya ke bilik air. Tiba-tiba batu karang keluar sendiri. Terus hilang sakit lansung tak rasa apa-apa. Macam magic.

InsyaAllah bulan 11 kena buat CT Scan jugak untuk pemeriksaan lanjut. Ramai yang cadang makan atau minum jus lobak putih. Saya tak lalu nak telan walaupun buat sup huhuhu. 

Jadi saya buat jus NANAS+LOBAK PUTIH. Rasa sedap sikit walaupun bau tak enak. Baru mula pun. Hari ni masuk hari ke-5.

 

 

RESIPI JUS NANAS & BAWANG PUTIH

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji nanas
  • 1/2 batang lobak putih
  • 1/4 sudu besar garam
  • Sedikit air – agak-agak boleh kisar

CARA MEMBUAT:

1.Kupas nanas dan bersihkan lobak putih. Satukan semua bahan dalam blender dan kisar.

2.Simpan dalam peti sejuk. Minum bila rasa nak minum. Selamat mencuba!

 

Kredit resipi & foto: Nur Ismail

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

IKLAN