Cara Buat Chocodate Homemade Sedap Guna Lebihan Buah Kurma

Share

Jom buat kurma ala chocodate homemade ni. Bulan puasa kalau takda buah kurma tak nikmat rasanya. Jika anak-anak kurang gemar untuk makan kurma biasa, apa kata ibu sediakan chocodate homemade ni untuk hidangan berbuka puasa nanti. Mesti cepat habis, selain boleh dibuat untuk berbuka boleh juga dihidangkan di hari raya nanti. Nak beli mahal, jom buat sendiri boleh berjimat!

RESIPI KURMA COKLAT ALA CHOCODATE

BAHAN-BAHAN:
Bahan A

  • 1 kg kurma
  • Kacang badam secukupnya

Bahan B

  • 300gm milk coklat compound
  • 200gm dark coklat compound
  • 100gm mentega

CARA MEMASAK:
(UNTUK BAHAN A)

1. Kacang badam dipanggang sehingga rangup. (macam nak masak biskut Almond London)

2. Kurma di belah dua untuk keluarkan biji. Bila badam sudah sejuk sedikit, boleh isikan dalam kurma seperti dalam gambar.

UNTUK BAHAN B:

1. Double boil semua bahan B hingga cair.

2. Kemudian celup kurma yang telah diisi dengan badam di dalam coklat tersebut.

3. Kemudian masukkan kurma ke dalam peti sejuk sebentar bagi mengeraskan coklat.

4. Sedia untuk dinikmati.

NOTA: Jika susah untuk dicelupo, coklat boleh dimasukkan ke dalam piping bag dan dipaipkan pada kurma.

Kredit resipi & foto: Fiza Ahmad

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN