Cara Buat Bubur Lambuk Terengganu Dengan Ulam Berkhasiat

Share

Dekat nak bulan puasa teringin pula nak makan bubur lambuk. Apa yang menyebabkan bubur lambuk berbeza dari bubur biasa kerana bahan-bahannya terdiri dari pelbagai antaranya daun kesom, daun kadok, pucuk paku hijau dan daun kunyit.

BAHAN-BAHAN:

  • 5 ulas bawang merah
  • 2cm halia
  • 1 sudu besar  lada hitam
  • 2 cawan beras | rebus biar jadi bubur
  • 3 daun ulat bulu
  • 4 tangkai daun kesom
  • 2 tangkai daun kadok
  • 1 ikat pucuk paku hijau
  • 1 ikat daun paku merah (pucuk midin)
  • 5 tangkai daun cekur manis
  • 5 tangkai pucuk ubi
  • 1 cawan ikan bilis
  • 2 ekor ikan kembung [bakar dan ambil isi
  • Kaki, tengkuk ayam (tak ada pun tak apa)
  • 1 helai daun kunyit
  • 5 tangkai pucuk lada
  • Lada burung (ikut tahap kepedasan masing-masing. Jangan potong. Masuk sebiji-sebiji.)
  • Budu sesedap rasa (rahsia bubur lambuk)
  • Air secukupnya
  • Garam secukupnya

 

CARA MEMASAK:

 

1. Semua sayuran dipotong, basuh dan toskan.

2. Tumbuk lada hitam hingga lumat. Setelah itu masukkan bawang merah, halia dan isi ikan. Tumbuk lagi sehingga lumat.

3. Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi ke dalam bubur nasi.

4. Masukkan ikan bilis dan kacau sehingga rata.

5. Bila sudah hampir untuk diangkat, masukkan sayur-sayuran & garam secukupnya. Kacau hingga cukup rata dan sayur layu.

6. Angkat dan hidangkan.

 

Kredit resipi & gambar: Hasmalizani Mustapha via MAHN

IKLAN