Cara Buat Biskut Tart Cadbury Dairy Milk Hazelnut Yang Lembut, Bila Makan Cair Dalam Mulut

Share

Biskut tart memang sentiasa menjadi kegemaran. Ada berbagai versi biskut tart. Bayangkan bila dapat makan biskut yang lembut dan coklatnya cair dimulut, memang tak terkata nikmatnya. Kalau anda bercadang ingin membuat biskut tart yang manis dan berlemak, bolehlah cuba buat Biskut Tart Carbury Dairy Milk Hazelnut seperti yang dikongsikan oleh Nor Aini Abd Rahman


RESIPI BISKUT TART CADBURY DAIRY MILK HAZELNUT

BAHAN-BAHAN:

1 bar coklat cadbury hazelnut
125 gm mentega/marjerin – BELI ONLINE
10g m gula aicing – BELI ONLINE
200 gm tepung gandum – BELI ONLINE
10 gm tepung jagung – BELI ONLINE
10 gm tepung kastard – BELI ONLINE

CARA MEMBUAT:

1. Patah-patahkan coklat setiap petak  (satu bar coklat boleh dapat 36 keping)

2. Kemudian sejukkan dalam chiller.

3. Sementara itu bolehlah uli doh dan paipkan dengan acuan tart.

4. Letakkan coklat tadi dan gulung.

5. Bakar selama 20 minit dengan suhu 150C. Sejukkan seketika dan bolehlah susun di dalam balang.

Sumber kredit: Nor Aini Abd Rahman

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN