Cara Buat Bingka Ubi Kayu, Kuih Kampung Yang Sangat Sedap

Share

Bingka ubi adalah salah satu kuih tradisi Melayu yang sangat sedap. Kuih lejen ini sungguh asyik dimakan bersama secawan kopi o panas. Kuih ini manis, jadi kopi o tanpa gula amat melengkapkan cita rasa.

Jom kita lihat resipinya.

BINGKA UBI CARA KAMPUNG

BAHAN-BAHAN
2 cawan ubi kayu parut
1/2 cawan air
2 cawan gula merah
2 sudu besar gula
2 sudu besar mentega
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair

CARA MEMBUAT
1. Dalam bekas, perah ubi kayu yang telah parut. Air perahan jangan dibuang. Ketepikan.
2. Dalam periuk, satukan air bersama gula merah dan gula pasir. Masak sehingga gula larut. Selepas itu, tapis. Ketepikan.
3. Dalam periuk lain, masukkan mentega. Cairkan dengan api perlahan. Matikan api.
4. Masukkan dalam periuk berisi mentega tadi ubi kayu yang telah diperah dan bancuhan air gula. Gaul rata-rata.
5. Masukkan santan pekat dan santan cair. Kacau lagi.
6. Masukkan sedikit air perahan ubi kayu yang bahagian bawah atau mendapannya. Kacau lagi. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak masak. Ratakan.


7. Panaskan oven pada suhu 160 darjah selsius. Bakar selama 1 jam.
8. Selepas masak, keluarkan dan biarkan sejuk dahulu sebelum dipotong-potong.

TIP: Jika mendapan air perahan ubi kayu tidak banyak, boleh masukkan 1 sudu tepung ubi ke dalam adunan.

Kopi o kosong jangan lupa ya!

Selamat mencuba!

Sumber: Iedaa Jahaya

Terima kasih kerana berkongsi resipi di Rasa Share Resipi

IKLAN