Cara Buat Ayam Goreng RM1 Ala Pasar Malam, Senang & Rangup.

Share

PKP menjadikan ramai mak-mak semakin kreatif di dapur terutamanya di bulan Ramadan ni bagi memenuhi selera anak-anak yang pelbagai kerana di bulan ini lah pelbagai makanan dijual di bazar mahupun pasar malam. Antaranya Ayam Goreng RM1, selalu jadi rebutan anak-anak. Apa kata kali ini anda cuba buat sendiri dengan resipi yang dikongsikan di sini.

AYAM GORENG SERINGGIT
BAHAN-BAHAN:
BAHAN PERAP AYAM:
1 ekor ayam | potong 24
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil lada putih
1 sudu makan serbuk kari
Garam secukup rasa
BAHAN TEPUNG SALUT AYAM:
1 cawan tepung bestari pedas

2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi/tepung beras

CARA MEMBUAT:

  1. Kisar bawang putih, bawang besar dan halia hingga halus.
  2. Gaulkan dengan ayam yang telah dibersih tadi dengan bahan kisar serta bahan perapan lainnya.
  3. Sediakan bahan tepung: Campurkan semua tepung dalam satu bekas, gaul rata.
  4. Kemudian ambil sedikit tepung dan masukkan dalam bekas lain.
  5. Masukkan 5-6 ketul ayam, gaulkan dengan tepung, gaul hingga sebati.
  6. Setiap kali tambah ayam, tambah juga tepung. Lakukan hingga habis.
  7. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam dengan api sederhana.
  8. Pastikan guna banyak minyak supaya ayam goreng tenggelam sepenuhnya dalam minyak.
  9. Sebaiknya gunakan kuali berpenutup. Tutup sekejap semasa menggoreng ayam. Agak-agak hampir masak, buka penutup dan biarkan ayam goreng lembut di dalam dan rangup serta garing di luar baru angkat dan toskan minyak.
  10. Ayam goreng sedia dihidangkan.

Kredit : Murni Rahmat

IKLAN