Cara Buat Apam Telur Yang Sangatlah Mudah, Tak Terkata Sedapnya

Share

Apam Telur memang sedap dimakan bersama kelapa parut muda. Ada juga yang panggil apam lambung. Bagi anda yang ingin cuba buat sendiri kuih ini di rumah boleh sangat. Boleh cuba ikut resipi yang dikongsikan oleh Muliadi Ramli

ini. Sangat mudah dan sememangnya bahan yang digunakan juga sangat mudah untuk didapatkan. Sesuai sangat buat menu minum petang.

RESIPI APAM TELUR

BAHAN-BAHAN:

2 cawan tepung beras – beli online
1 sudu besar tepung ubi – beli online
1 sudu kecil yis mauripan – beli online
Garam secukup rasa – beli online
1/2 cawan gula (kalau suka manis letak lebih) – beli online
Pewarna kuning
Perasa vanilla ( untuk hilangkan hanyir telur…tak letak pun tak apa)
2 cawan air
5 biji telur
Kelapa parut putih sahaja (kukus dalam 10 minit dan campur sedikit garam untuk tahan lama)

CARA MEMBUAT:

1. Campurkan tepung beras, yis, tepung ubi, garam dan gula. Masukkan air sedikit demi sedikit. Kacau rata. Tutup. Biarkan 1 jam hingga ke 2 jam.

2. Selepas itu ambil adunan tadi, masukkan sedikit pewarna kuning dan perasa vanilla. Kemudian masukkan dalam satu bekas lain.

3. Masukkan telur dan adunan. Pukul bagi sebati. Masukkan ke dalam bekas acuan (sapu minyak pada acuan agar adunan tidak melekat).

 

 

4. Bakar di atas api perlahan. Apabila sudah keperangan  (boleh bakar bahagian bawahnya). Apabila sudah masak, bolehlah diangkat dan dimakan dengan kelapa parut.

 

Sumber kredit: Muliadi Ramli

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN