Cara Buat Apam Nasi Klasik. Resipi Mudah & Dijamin Menjadi

Share

Lebihan nasi semalam selain enak dibuat nasi goreng, ia juga sedap dibuat Apam @ Apom Nasi yang gebu dan sedap. Cara penyediaannya juga sangat mudah. Andai dimakan bersama kelapa parut, waduh…enaknya. Ada peminat Apom Nasi gebu ni? Jom cuba resipi perkongsian saudari EiJa Aurora. Pasti puas hati.

RESIPI APAM NASI MUDAH & SEDAP

BAHAN-BAHAN:
1 cawan nasi
1 1/2 cawan air
2 cawan tepung beras beli online disini


1/2 cawan tepung gandum beli online disini
1/2 cawan gula – boleh tambah jika suka
3 sudu kecil mauripan beli online disini
1 – 2 sudu kecil minyak masak
Secubit garam

CARA MEMASAK:
1. Kisar nasi bersama 1 cawan air terlebih dahulu. Ini kerana jika kisar nasi bersama semua air, nasi akan jadi tidak berapa hancur halus. Bila tekstur nasi sudah agak hancur, tambah lebihan air dan kisar sekali lagi.
2. Tuang bahan kisar ke dalam bekas berisi tepung, gula dan mauripan. Gaul dan sebatikan adunan. Jika nak adun guna blender sekali lagi pun boleh.


3. Perap adunan selama 1/2 jam lebih atau sampai adunan naik. Kacau semula adunan dan boleh diwarnakan mengikut cita rasa masing-masing.
4. Untuk memasak Apam Nasi, tuang adunan ke dalam acuan yang telah disapu sedikit minyak hingga memenuhi 3/4 atau hingga penuh acuan.


5. Kukus Apam selama 15 – 20 minit. Siap.


6. Hidangkan Apam Nasi bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam dan dikukus seketika.

Kredit resipi & foto: EiJa Aurora

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN