Cara Bancuh Adunan & Masak Waffle Yang Sedap Secara Homemade.

Share

Kanak-kanak sangat suka makan waffle. Kalau beli, sekeping dalam Rm3- RM3.50. Mahal… Bayangkan kalau nak kena beli untuk 5 orang anak. Buat sendiri lagi jimat. Satu adunan ni anda boleh dapat dalam 7 keping waffle. Cukup untuk jamu 1 keluarga. Jom cuba resipi perkongsian saudari Salina Saad ni. Mudah & pasti menjadi.

 

WAFFLE HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ½ cawan tepung gandum
  • ½ cawan tepung jagung
  • 1 biji telur
  • 3 sudu makan gula
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 paket mauripan ( yis segera)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 3/4 cawan minyak masak
  • 2 sudu makan susu tepung
  • Esen vanilla
  • 2 cawan air
  • Jem kegemaran/mentega kacang/coklat/nutella

CARA MEMASAK:

1. Satukan tepung gandum, tepung jagung, telur, gula, mauripan, susu tepung dan baking powder. Gaul hingga sebati.

2. Kemudian masukkan minyak, esen vanilla dan air. Kisar atau adun hingga sebati. Lagi mudah jika adun guna blender.

3. Setelah siap mengadun, pastikan adunan betul-betul sebati dan tidak berketul. ( TIP RASA: kalau berketul boleh tapis)

4. Panaskan mesin waffle dan oles sedikit minyak dipermukaannya.

5. Tuang 1 senduk atau penuhkan permukaan acuan waffle. Tutup penutup dan biarkan masak.

6. Buka penutup waffle untuk pastikan waffle sudah masak atau tidak. Biar dalam 3-4 minit.

7. Bila waffle dah masak, angkat dan sapukan dengan jem, mentega kacang, coklat atau Nutella. Boleh juga nikmati dengan krim putar serta hirisan buah-buah. Terpulang pada citarasa.

8. Sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Salina Saad

IKLAN