Campur Keledek, Rahsia Resipi Tepung Gomak Pandan Ni Jadi Lebih Sedap

Share

Sedapnya Kuih Tepung Gomak Pandan ni lebih-lebih lagi kalau makan di waktu petang. Lembut, sedikit kenyal dan manis inti kelapanya buat rasa tidak jemu menikmati kuih tradisional ni. Makan sekeping pun rasa tak puas. Berbeza dari resipi yang lain, resipi perkongsian saudari Rozita Daud ini menggunakan keledek oren dalam adunan dohnya. Biasanya resipi lain menggunakan tepoung beras sahaja. Patutlah lebih enak. Jom cuba resipi mudah ni. Anda pasti sukakan rasanya.

 

RESIPI KUIH TEPUNG GOMAK PANDAN

BAHAH INTI:
1 biji kelapa muda – ambik bahagian putih sahaja


2 senduk gula merah (*) beli online disini
Sedikit gula pasir (*) beli online disini

BAHAN DOH:
1 biji keledek oren – buang kulit dan rebus
1 sudu teh garam
1/2 bungkus tepung pulut beli online disini
Sedikit perasa pandan beli online disini

BAHAN SALUT:
Tepung beras secukupnya – sangai sekejap beli online disini

CARA MEMASAK:
1.Untuk membuat inti kelapa, masukkan bahan yang bertanda (*) ke dalam kuali dan letak sedikit air. Masak sehingga gula merah cair barulah masukkan kelapa putih. Kacau sampai kering sedikit kemduian tutup api. Biar sejuk


2.Untuk doh pula, rebus keledek hingga empuk kemudian kisar seketika. Tuang dalam bekas bersesuaian.
3. Dalam bekas berisi keledek tadi masukkan perasa pandan dan juga tepung pulut sedikit demi sedikit. Uli hingga doh tidak melekat di tangan.


4. Untuk salutan pula, sangai sekejap tepung beras di dalam kuali. Sejukkan.


5. Ambil sedikit doh tadi, bulatkan dan tekan ke dalam. Letak inti kelapa yang telah disejukkan dengan secukupnya kemudian bulatkan kembali.


6. Masukkan ke dalam periuk berisi air panas. Ulang hingga doh habis.
7. Masak doh seperti memasak Buah Melaka. Biar hingga ia terapung sendiri.


8. Angkat dan tokan sekejap kemudian barulah letak dalam kuali berisi tepung beras. Gaul rata dan biar kuih sejuk sedikit.


9. Bila sudah sejuk, baru tekan kuih supaya jadi leper sebegini.


10. Kuih Tepung Gomak Pandan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Rozita Daud

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN