Callebaut Lancar Coklat Ruby RB2 & NXT, Coklat 100% Tanpa Tenusu Di Malaysia

Share

Callebaut, pembuat coklat yang menjadi ilihan chef dan artisan coklat dengan bangganya telah melancarkan coklat gourmet yang inovatif dan serba baharu iaitu Ruby RB2, NXT Dark dan NXT M_lk di Malaysia.

Coklat Ruby R2

Ruby RB2 merupakan coklat keempat selepas coklat gelap, susu dan putih. Uniknya coklat ini kerana ia mempunyai rasa buah yang tersendiri dan rasa masam yang menyegarkan serta warna batu delima (ruby) yang luar biasa. Warna dan rasa unik Ruby RB2 berasal daripada buah koko ruby, tanpa pewarna tiruan atau perisa seperti beri.

Kajian mendapati bahawa Ruby memang diminati oleh generasi baharu terutamanya golongan milenial (18–35 tahun) yang mengimbangi gaya hidup aktif dengan keseronokan hidup yang ketara. RB2 juga pasti menarik perhatian hotel, restoran dan kafe terkemuka dan juga kedai bakeri dan pastri di Malaysia.

Callebaut NXT, 100% Tanpa Sumber Tenusu

Manakala Callebaut NXT pula dirumus 100% daripada tumbuh-tumbuhan, tanpa sumber tenusu dan berbentuk vegan. NXT mengekalkan cita rasa asli dan kualiti yang setanding coklat tradisional. Terdapat dua jenis iaitu NXT Dark Chocolate (coklat gelap) dan NXT M_lk Chocolate (coklat susu). NXT dicipta untuk semua chef, penggemar coklat, komuniti pengamal vegan dan peminat makanan berasaskan tumbuhan untuk merangsang deria rasa mereka dengan ramuan yang lebih mesra bumi.

Menurut Robert Kotuszewski, Pengarah Urusan Barry Callebaut di Malaysia, langkah memperkenalkan Callebaut Ruby RB2 dan NXT mencerminkan kebangkitan semula para pakar pembuat konfeksi coklat, chef pastri, artisan, hotel, restoran dan pengusaha katering di Malaysia.

“Rakyat Malaysia semakin menitikberatkan pengalaman menjamu selera yang unik dan juga kepentingan menjaga kesihatan dan kesejahteraan mereka. Tambahan lagi, lebih separuh daripada penduduk yang bekerja di Malaysia terdiri daripada Gen Z dan golongan milenial. Para pengguna muda ini mempunyai kuasa beli, tabiat menikmati snek dan cita rasa yang berbeza.

Justeru, saya teruja untuk melancarkan coklat RB2 dan NXT Dark dan M_lk. Kami bawakan generasi baharu coklat yang penuh inspirasi dan inovasi kepada pelanggan kami, yang memenuhi keperluan generasi pengguna lebih muda: lazat untuk dimakan, sihat untuk badan dan baik untuk alam!” kata Robert.

Untuk maklumat lanjut, layari www.callebaut.com.

IKLAN