Cadangan 5 Tempat Makan Best Di Pontian Bersama Keluarga

Share

Masih ada lagi ke yang terpinga-pinga bila nak lepak makan di Pontian tapi tak tahu tempat makan best apa yang boleh ajak keluarga? Takpe, jangan risau! Admin kongsikan beberapa tempat makan best yang boleh dicuba kalau datang ke Pontian! Yang paling best anggaran harga pun masih berpatutan dan boleh dikatakan agak murah. Nak ngopi ke ngeteh ke semua sesuai.

 

Seronok betul kalau ada Hommy 3 Tier Adjustable Trolley dekat rumah mesti tersusun rapi je barangan di dapur! Dapatkan dengan harga istimewa menggunakan code RASGSP5 DISINI

!

 

NASI LEMAK RINDU

Bukan sekadar Nasi Lemak Udang Galah tapi ada juga Baby Crab krupp krapp krupp krapp!

No 30G, Jalan Delima 3, Pusat Perdagangan Pontian (di belakang kedai Eco RM 2, bersebelahan restoran Cendolboy)

3:00 PM – 11:00 PM

017-734 1733

 

NASI PADANG PARIT SEMERAH

Sesekali nak ubah selera, jom try makan di Nasi Padang Parit Semerah. Jangan pandang sebelah mata, lauk pauk begini selalunya memang sedap!

Beralaskan daun pisang, dengan aneka lauk-pauk yang dimasak dan disaji dengan style Padang..memang terbaik!

Nasi Padang Parit Semerah, Lorong Hjh Kamsiah, Parit Semerah, 82000 Pontian.

 

WARUNG JUMAHAT

Hantu gearbox mari terjah warung ni gerenti tak menyesal!

HOT ITEM

SUP GEARBOX KAMBING

MEE HUN SUP/MEE SUP AYAM/GEARBOX

LONTONG JOHOR

SOTO AYAM/GEARBOX

MEE HOON GORENG

NASI LEMAK

ROTI CANAI

“DINE IN” dan Bungkus

LOKASI: WARUNG JUMAHAT

No 438-C Jalan Parit Mesjid

82000 Pontian Johor

 

 

TEINOT CAFE

Tak tahu nak bawak family makan mana malam ni? Jom bawak makan kat Teinot Cafe ni ada Shellout, ada Ayam Buttermilk dan juga pelbagai jenis menu lain. Kalau nak sambut Birthday dekat sini pun boleh! Buat tempahan sahaja semua settle.

Teinot Cafe buka 5.30 petang – 10.30 malam

IKLAN