Ads

Butter Cookies Tiga Bahan, Biskut Mudah Buat Untuk Raya Haji

Butter Cookies tiga bahan ini sesuai sangat kalau nak buat sendiri biskut raya sempena menyambut Aidiladha hujung minggu ini.

Cara membuatnya sangatlah mudah begitu juga bahan-bahannya. Semua dah ada di dapur rumah.

Butter cookies 3 bahan yang sedap dan mudah

Bahan-bahan

250gm mentega
80gm gula castor
200gm tepung gandum
Piping bag
Nozzle

Butter Cookies Tiga Bahan, Biskut Mudah Buat Untuk Raya Haji

Cara membuat

1. Mentega sejuk dari peti ais, potong kiub kecil.

Ads

2. Tuang gula, mixer sebati.

3. Masukkan pula tepung sedikit-sedikit sambil gaul sebati dapat adunan yang lembut.

Ads

4. Masukkan adunan ke dalam piping bag tekan/picit adunan. Bentuk nozzle ikut kesukaan masing-masing.

Butter Cookies Tiga Bahan, Biskut Mudah Buat Untuk Raya Haji

Ads

5. Panaskan ketuhar terlebih dahulu, bakar pada suhu 170 selama 20 minit atau hingga masak. Butter cookies tiga bahan siap!

Tip ekstra

  • Jangan adun terlalu lama mentega supaya biskut tidak menjadi terlalu lembik bila dibakar.
  • Jika doh terlalu lembut dan tidak boleh dipicit, sejukkan dalam peti sejuk selama 10-15 minit.
  • Guna mentega tulen (bukan marjerin) untuk rasa yang lebih wangi dan premium.

Kredit resipi & foto: Julia Aleen Aireish

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

 

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Mi Gulung Sedap & Padu. Resipi Mudah Buat Keluarga Tak Jemu

Resipi Mi Gulung sedap dan mudah dengan kuah berperisa yang padu, sesuai untuk menu makan malam seisi keluarga dan tak jemu dimakan.