Istimewa untuk pencinta seafood, jom buat Butter Clam with Mantou ni. Kalau makan kat kedai agak mahal hidangan ini. Jadi lebih baik buat sendiri sebab lebih puas hati dan mengikut cita rasa kita. Untuk lebih enak, gunakan Anchor Cheddar Cheese Slices dan Anchor Salted Butter. Memang berbaloi cuba resipi ni.
Ads
Ads
BUTTER CLAM WITH MANTOU
Ads
Bahan-bahan:
250gm clam (kepah)
6 ulas bawang putih | kisar kasar
4 sudu besar Anchor Salted Butter
2 keping Anchor Cheddar Cheese Slices
2 kotak Anchor Cooking Cream
2 tangkai daun kari
10 biji roti mantou
4 biji cili padi | dihiris
20gm daun sup
½ sudu teh serbuk paprika
Serbuk perasa secukupnya
Garam secukupnya
Fernleaf Minuman Susu Kultur Probiotic+
Cara Memasak:
Tumiskan bawang putih, cili padi, daun kari bersama Anchor Salted Butter hingga naik bau. Masak menggunakan api kecil.
Masukkan Anchor Cooking Cream dan biarkan sehingga mendidih. Kemudian, masukkan Anchor Cheddar Cheese Slices.
Bila keju dah cair, masukkan kepah dan tunggu sehingga kepah masak. Taburkan serbuk paprika dan gaul rata.
Perasakan lalu taburkan dengan daun sup.
Hidangkan bersama mantou. Enak dinikmati bersama Fernleaf Minuman Susu Kultur Probiotic+.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Resipi Lempeng Mozzarella Cheese yang sangat mudah dan enak dimakan ketika sahur dan juga berbuka. Lebih sedap jika dimakan bersama Ayam Sambal. Memang kombinasi yang cukup padu. Tak rugi cuba resipi ni. Yang penting, gunakan keju Perfect Italiano Mozzarella untuk efek keju tarik yang sempurna. Enak juga dinikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Mango. Jom cuba.
LEMPENG MOZZARELLA CHEESE WITH AYAM SAMBAL
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
80gm Perfect Italiano Mozzarella
80gm Perfect Italiano Perfect Melt
4 cawan air
30gm daun sup
Ayam Sambal | leftover
Garam secukupnya
Cara Memasak:
Gaulkan semua bahan termasuk keju Perfect Italiano Mozzarella di atas hingga sebati.
Masak adunan satu persatu di atas kuali non stick.
Hidangkan bersama leftover Ayam Sambal.
Untuk melengkapkan hidangan, makan bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Mango.
Kalau anda suka makan yang simple-simple sewaktu sahur, jom cuba buat Telur Hancur Cheese ni. Sesuai sangat untuk anda yang suka makan telur. Memang padu dan mengenyangkan. Tak rugi cuba. Nak lagi enak, gunakan keju Chesdale yang kaya dengan kalsium dan protein. Nak hidangan lagi beraroma, gunakan Anchor Unsalted Butter. Sebagai pelengkap hidangan, nikmati hidangan ini bersama Fernleaf CalciYum Yogurt Mango atau Fernleaf Yogurt Mango.
TELUR HANCUR CHEESE
Bahan-bahan:
3 biji telur
1 biji bawang merah | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
80gm ayam kisar
2 keping keju Chesdale
2 sudu Anchor Unsalted Butter
Garam
Serbuk perasa
Cara Memasak:
Cairkan Anchor Unsalted Butter lalu tumiskan bawang merah, bawang putih dan ayam kisar sehingga wangi.
Pecahkan telur dan masukkan keju Chesdale.
Perasakan. Masak hingga sebati.
Boleh dinikmati bersama Fernleaf CalciYum Yogurt Mango atau Fernleaf Yogurt Mango.
Jika anda ada lebihan Rendang, cuba buat Rendang Cara Berlauk ni. Kuih tradisional dengan sedikit twist. Memang sedap dimakan panas-panas. Puas hati dengan hasilnya, tak rugi cuba. Untuk menambah aroma dalam hidangan, gunakan Anchor Unsalted Butter. Hidangan ini sesuai dinikmati untuk seisi keluarga. Jom cuba.
RENDANG CARA BERLAUK
Bahan-bahan:
500gm rendang daging | leftover
100gm daging kisar
2 sudu besar Anchor Unsalted Butter
2 biji cili merah | dihiris
2 sudu besar bawang goreng
40gm daun sup | dihiris
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 cawan air
2 cawan santan
1 sudu kecil serbuk kunyit
Cara Memasak:
Di dalam kuali, cairkan Anchor Unsalted Butter. Tumis daging kisar sehingga kering. Tambahkan daging rendang. Masukkan cili merah dan gaul sebati. Kemudian, masukkan bawang goreng serta daun sup.
Untuk adunan: di dalam mangkuk, campurkan Anchor Unsalted Butter, tepung gandum, telur, air, santan dan serbuk kunyit. Gaul sebati.Pastikan tepung tidak berketul. Boleh juga guna pengisar untuk lebih mudah. Tapiskan adunan.
Sapukan Anchor Unsalted Butter yang telah dicairkan pada acuan.
Tuang adunan ke dalam acuan Cara Berlauk. Letakkan inti rendang di bahagian atasnya. Tambahkan juga daun sup dan hirisan cili merah di atasnya.