Burung Puyuh Goreng Cili Kering Super Sedap

Share

Burung puyuh mempunyai tekstur daging yang lembut, sedikit berserat dan paling penting ia tidak mengandungi lemak tepu. Sangat sesuai untuk anda yang ingin mencegah kolestrol dan menggelakkan penyakit jantung. Anda yang belum pernah makan daging burung puyuh boleh mulakan makan dengan mencuba resipi ini kerana ia lengkap dengan rasa pedas, masam dan manisnya. Comfirm sedap.

 

BURUNG PUYUH GORENG CILI KERING

BAHAN-BAHAN:

  • 3 ekor buruh puyuh | potong kecil
  • 5 tangkai cili kering | hiris kecil
  • 8 tangkai cili padi | hiris kecil
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 3cm halia | hiris halus
  • 1 biji limau nipis | perah airnya
  • 1 batang serai | hiris halus
  • ½ batang lobak merah | potong dadu kecil
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan burung puyuh, kemudian gaulkan bersama serbuk kunyit dengan sedikit garam halus. Gaul rata dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak,  goreng burung puyuh hingga garing dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak, kemudian tinggalkan sedikit untuk menumis.
  4. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia cili kering, cili padi, lobak merah dan serai.
  5. Setelah bau wangi, masukkan burung puyuh yang telah digoreng, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Tutup api dan perahkan limau nipis sebelum angkat dan dihidangkan panas-panas dengan nasi putih.
IKLAN