Burger Ramly Menambat Hati Pembuat Filem A.S. Masak Cara Malaysia, Kagumkan Netizen.

Share

Siapalah yang tak terpesona dengan kelazatan burger jalanan popular Malaysia burger Ramly.  Ia turut dikenali dan disebut burger sampah tapi sedapnya memang tak tertanding.


.

Menariknya kehebatan burger Ramly turut menambat hati dan selera, pembuat filem dari Amerika Syarikat yang juga dikenali sebagai ‘burger scholar’, George Motz untuk memasak dengan jayanya mengikuti gaya dan resipi asal burger autentik itu dengan tepat.

Dia menunjukkan skil membuat burger Ramly dengan ‘meniru’ gaya penjaja burger jalanan di Malaysia yang dipaparkannya dalam siri video ‘Burger Scholar Session’ online di You Tube.


.

Apa yang mengagumkan rakyat Malaysia, Motz menggunakan bahan ramuan seperti kicap perasa Maggi (seasoning). mayonis dan sos cili lalu menebarkan telur untuk membalut daging burger, macam gaya mengecat katanya.


.

Ujarnya lagi, “Penjaja burger membuatkan cara menebar telur dan membalutnya nampak mudah tetapi sebenarnya bahagian inilah yang yang paling sukar untuk dilakukan.” Dia turut memecahkan telur dan menebarkannya menggunakan spatula logam seperti lagak gayanya penjaja burger jalanan Malaysia.


.

Menurut Motz walaupun ia juga dikenali juga sebagai burger sampah, “Tetapi ia bukannya sampah, malah ia burger yang hebat dan yang paling ‘gila’ (sedap) pernah saya nikmati .”

Malah dia turut membakar permukaan roti dengan majerin dan bukannya mentega seperti burger barat kerana mengikut gaya resipi asal burger Ramly.

Motz mengakui dia telah mencuba beberapa kali memasak burger ini hinggalah dia berjaya melakukannya.

Dan video yang disiarkan di YouTube ini turut mendapat pujian oleh media The New York Times yang mengakui burger Ramly menggambarkan ekpresi burger paling disayangi di Asia Tenggara.


.

Ramai netizen daripada Malaysia melahirkan kekaguman dan memuji usaha dan versi autentik burger Ramly yang ditunjukkan George Motz.


.

“Kami gembira melihat makanan Malaysia dipaparkan dalam medium global video seperti “First We Feast” ini,” komen warga Malaysia.


.

Komen yang lain pula, “Anda tahu ia sahih apabila dia menggunakan kicap Maggi Seasoning .

Menggunakan majerin untuk membakar roti burger menunjukkan betapa dia mempunyai minat mendalam mengenai ‘budaya’ dan cara burger itu dimasak.” komen netizen lain.

Motz berjaya menunjukkan dengan tepat cara memasak burger Ramly kerana mentega agak mahal dan tidak digunakan dalam penyediaan burger di Malaysia tetapi sebaliknya marjerin.


.

Tetapi memang banggalah tengok ekspresi wajah Charles Motz masa menikmati burger Ramly betul betul ‘win’, perasaan anda bagaimana pula?.

Sumber foto : You Tube,  ‘Burger Scholar Session

 

INGIN MEMBELI KUALI ANTI MELEKAT, BOLEH BELI ONLINE DI SINI

ANDA MUNGKIN JUGA TERTARIK DENGAN RESIPI INI :

 

 

ANDA JUGA MUNGKIN JUGA MEMINATI VIDEO MASAKAN INI :

 

IKLAN