Petua Melambatkan Nasi Basi Dengan Menggunakan Bunga Cengkih.

Share

Sama ada nasi atau periuk nasi yang bermasalah, nasi yang anda masak adakalanya cepat basi. Pasti anda pernah menghadapi masalah sebegini bukan? Penat bertukar jenis beras, dan cuba pelbagai jenis petua. Namun perkara yang sama tetap berlaku. Memang rugi!

Apa kata anda cuba pula petua ini. Ketika hendak memasak nasi, ambil sedikit bunga cengkih bersama secubit garam

. Basuh beras bersama-sama cengkih hingga sebati kemudian barulah dibilas dan ditanak seperti biasa hingga masak.

 

Hasilnya nasi yang anda masak dapat tahan lebih lama. Selamat mencuba!

IKLAN