Bulat-Bulat Comel Bebola Cucur, Rangup Di Luar Lembut Di Dalam

Share

Siapa yang tak suka kalau buat cucur, kan? Tapi ada yang buat jadi keras, ada yang buat lembik sangat tak masak. Kali ini ada resipi mudah buat Bebola Cucur. Rangup di luar dan lembut di dalam. Kalau makan, mesti nak lagi.

Resipi mudah yang dikongsikan Shaa Zainol ini memang tampak menyelerakan. Comel sahaja saiznya dan bulat-bulat bentuknya. Lengkap dengan bilis dan sayuran. Memang sedap. Jom kita buat.

BEBOLA CUCUR  / SAVORY FRITTERS

BAHAN-BAHAN:

Bawang besar

Lobak merah – Boleh beli online di sini

2 genggam ikan bilis (ditumbuk kasar) – Boleh beli online di sini

Sosej atau ayam (pilihan) – Boleh beli online di sini

Kentang (pilihan)

Hirisan daun bawang

Hirisan daun sup

Sedikit serbuk kunyit – Boleh beli online di sini

Garam & serbuk perasa

3 cawan tepung gandum – Boleh beli online di sini

3 cawan air panas

CARA MEMASAK:

Potong dadu atau cincangkan sosej, kentang, bawang besar dan lobak merah.

Satukan kesemua bahan dan gaul rata.

Masukkan satu cawan air panas terlebih dahulu, dan gaul sedikit demi sedikit. Kemudian, masukkan lagi air dan gaul sehingga boleh dibentukkan.

Sejukkan sebentar, dan bulatkan.

*TIPS MENGGORENG:

Goreng di dalam minyak yang banyak dan sentiasa kacau sehingga masak keperangan.

Boleh hidangkan dengan sos cili.

Selamat mencuba.

Kredit: Shaa Zainol

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN