Perut sebu akibat angin boleh buat kita serba tak kena. Salah makan sikit jadi begini. Kadang-kadang sampai jadi pening dibuatnya.
Bagi yang ada masalah angin dalam badan seperti ini mungkin boleh cuba resipi telur dadar buang angin yang dikongsi oleh Syu Azis. Ujarnya resipi istimewa ini diperoleh daripada ibu seorang selebriti jelita, Rozita Che Wan.
Cara buat telur dadar untuk buang angin
Ads
“Saya dapat resipi telur dadar ni dari emak artis tempatan, Che Ta. Saya ada terbaca di laman web majalah Nona. Katanya untuk buang angin. Resepi turun temurun yang masih diamalkan beliau dan anak-anak. Saya cuba memang menjadi. Sendawa tak habis habis.”
Bahan-bahan
2 biji telur ayam sebaiknya telur ayam kampung
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
Sedikit lada hitam
Cara membuat :
1. Tumbuk bahan bahan kering halia, bawang putih & lada hitam sehingga lumat. Campurkan dengan telur dan sedikit garam.
2. Gorengkan tanpa minyak, tapi saya ‘derhaka’ sedikit goreng dengan minyak. Dua sudu saja.
Ads
3. Disebabkan winter season dah pun bermula, lately badan memang agak sejuk semacam dan perut kembung. Jadi, saya buat resipi simple ni. Halia, bawang putih dan lada hitam sememangnya herba yang sangat bermanfaat untuk membuang angin dan memanaskan badan.
Asid hidroklorik yang terdapat dalam lada hitam membantu mengurangkan kembung perut, angin, sebu, senak, sembelit dan keasidan perut.
Ads
Makan dengan nasi panas panas, lada hitam serbuk dan kicap lemak manis. Lepas tu sendawa burpp burpp. Badan pun rasa segar dan warm.
Sibuk atau tak sibuk seseorang itu bergantung pada keadaan. Ada ketikanya kita sibuk sungguh sampai nak masak pun tak sempat. Apa kata ketika sibuk tu, jom masak lauk simple tapi sedap. Boleh cuba resipi ni.
MASAK LEMAK TELUR DENGAN KACANG PANJANG
BAHAN KISAR
3 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
Lada hijau (ikut tahap pedas yang dimahukan)
BAHAN LAIN
1 batang serai (diketuk)
Santan secukupnya
Telur ayam
1 keping asam keping
Gula
Garam
Kacang panjang
Cili padi merah
CARA MEMBUAT
1. Panaskan kuali. Masukkan bahan kisar dan serai.
2. Masukkan santan. Kacau selalu supaya santan tak pecah. Biarkan mendidih.
3. Pecahkan telur ayam satu demi satu.
4. Masukkan asam keping, gula dan garam.
5. Akhir sekali masukkan kacang panjang dan cili padi merah. Siap!
Telur tumis bawang ini dikatakan berasal dari negara seberang. Sajiannya cukup mudah, sesuai kala tekak terasa mahu hidangan yang ringkas tapi sedap. Dijamin berselera makan.
Selain itu ia juga boleh dikatakan menu jimat kos kerana bahan-bahannya cukup murah dan sedia ada di dapur.
Cara buat telur tumis bawang
Bahan kisar
6 biji lada merah besar
3 ulas bawang putih
Cili padi (jika suka pedas)
Bahan-bahan lain
5-6 ulas bawang merah kecil
5 biji telur
3 sudu besar ikan bilis -digoreng garing
Garam
Gula
Serbuk lada sulah
Marjerin
Cara memasak telur tumis bawang
1. Cairkan marjerin secukupnya dan tumis bawang (tak perlu hiris) bersama bahan kisar hingga layu.
2. Masukkan telur, garam, gula dan serbuk lada sulah lalu kacau perlahan-lahan hingga masak.
3. Matikan api ,masukkan bilis yang telah digoreng garing. Kacau rata. Siap.
4. Hidangkan bersama dengan nasi panas.
INFO: Boleh juga guna cili oil
Tip pilih telur
Memandangkan resipi ini menggunakan banyak telur, penting untuk memastikan semua telur yang digunakan dalam keadaan elok untuk dimakan dan tidak busuk. Kita boleh mengenalpasti telur yang tidak elok dengan cara berikut;
Masukkan telur dalam bekas berisi air dan lihat tindak balasnya.
Jika telur yang dimasukkan dalam air terapung dipermukaan itu tandanya telur sudah lama dan busuk. Biasanya telur ni turut dipenuhi bintik hitam. Buang terus telur ini.
Bagi peminat industri seni tempatan, nama Michael Ang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Pernah mendapat pendidikan dalam bidang penyiaran di salah sebuah universiti di Australia, beliau memulakan karier dalam bidang pengarahan melalui penerbitan iklan komersial sekitar tahun 2000. Kemudian, beliau mengambil keputusan untuk menerbitkan sebuah filem menggunakan duit poketnya sendiri dan filem pertamanya ialah Anak yang telah membelanjakan hampir RM1 juta.
Michael kemudian mendapat peluang dan terus diberi kepercayaan untuk menghasilkan beberapa buah drama bagi stesen televisyen berbayar. Antara drama hasil karya dan terbitan Michael Ang yang mendapat sambutan penonton ialah Suri Hati Mr Pilot, Dia Semanis Honey dan terbaru, Rahsia Hati Perempuan.
Pengarah dan penerbit ternama yang dikatakan peramah itu juga telah terlibat dalam bidang perniagaan baju Melayu baru-baru ini dimana beliau telah mengeluarkan koleksi baju Melayu sempena Hari Raya Aidilfitri yang lepas dengan tujuan untuk menarik perhatian masyarakat Cina menggayakan baju Melayu dalam perayaan atau majlis-majlis perkahwinan.
Tapi siapa sangka selain daripada kerjayanya di belakang tabir dalam industri seni tanah air, beliau juga sebenarnya pandai memasak! Terbaru Michael berkongsi cara-cara memasak masakan Cina, Teow Chew Steam Fish dan Steam Egg menerusi akaun Instagramnya. Nampak sangat menarik!
Jom kita lihat video langkah demi langkah yang diajarkan oleh Michael.
Resipi Teow Chew Steam Fish
Bahan-Bahan
Sayur masin*
Halia*
Cili padi* (dipotong kecil)
Cendawan (sudah direbus)*
Ikan bawal emas
Daun bawang*
Tomato*
Tahu putih*
Soya sos (1 ½ tbs)
Sour plum (4 biji)
Semua bahan bertanda * diletakkan mengikut citarasa masing-masing
Cara Penyediaan
Masukkan sayur masin, halia, cili padi, cendawan ke dalam satu bekas.
Masukkan ikan yang telah disumbat dengan halia dan daun bawang ke dalam bekas tersebut.
Taburkan semula sayur masin, cili padi, cendawan, tomato, tahu putih, halia ke atas ikan.
Masukkan sour plum lebih kurang 4 biji dan kemudian letakkan 1 ½ tbs soya sos.
Kukus selama lebih kurang 10-15 minit bergantung kepada saiz ikan.
Siap dan sedia untuk dihidangkan!
INFO: Untuk menonton video langkah demi langkah Teow Chew Steam Fish, boleh pergi ke akaun Instagram Michael Ang
Resipi Steam Egg
Bahan-Bahan A
4 biji telur
Bahan-Bahan B
1 ½ cawan air
½ tsp lada putih
½ tsp serbuk halia
½ serbuk bawang putih
Sedikit sesame oil
Bahan-Bahan C
Century egg (jika suka)
Bahan-Bahan D (Soya Sos)
Soya sos
3@4 tangkai daun bawang
Sedikit halia (dihiris)
4@5 ulas bawang putih (diketuk)
Cara Penyediaan
Pukul bahan A iaitu 4 biji telur dan letak ke tepi.
Dalam bekas yang berasingan, campurkan semua bahan B dan kacau sebati.
Campurkan bahan A dan B kemudian pukul hingga rata.
Tapis bahan yang dicampurkan itu ke dalam bekas yang telah diletakkan century egg.
Wrap dan kukus selama 15-20 minit.
Cara Penyediaan Sos
Campurkan semua bahan D dan gaul rata.
Cara penyediaan Steam Egg
Setelah telur siap dikukus, sediakan 1spf minyak yang telah dipanaskan dan curahkan ke atasnya, diikuti dengan sos soya.
Taburkan daun bawang yang telah dihiris halus.
Siap!
INFO: Sukatan telur dan air hendaklah tepat jika tidak resipi steam egg tidak akan menjadi
Terliur melihat hidangan-hidangan hasil masakan Michael Ang ni. Bahan-bahan yang digunakan juga mudah, malah cara penyediaannya sangat ringkas dan senang. Sedap sudah pasti! Selamat mencuba!
Sup kosong ini sering jadi pelengkap hidangan seperti nasi ayam kunyit, nasi goreng atau masakan panas bila makan di gerai. Walaupun namanya 'kosong', rasa...