Makan bubur sumsum ni membangkit nostalgia zaman kanak-kanak, Min suka rasanya yang lemak manis. Ia adalah sejenis kuih yang dibuat dari tepung beras dan dihidang bersama kuah manis yang dibuat dari gula Melaka. Ummph memang sedap.
Rasanya semacam lapisan atas kuih lompat tikam tetapi bubur sumsum adalah lapisan putih yang diperbuat daripada santan. Teksturnya yang lembut, perrgh cair di mulut memang ‘legend’ lah kuih warisan ni.
Jom masak gaya Khaty Kay- JOM Jengah Dapur KK seperti yang dikongsikan dalam laman FBnya
BUBUR SUM-SUM
BAHAN-BAHAN :
Ads
Bahan kuih :
1 cawan tepung beras
3 cawan santan
1/2 sudu teh garam
Daun pandan
*Jika menggunakan santan kotak boleh guna 1 kotak kecil santan kara lebih pekat dan campur dengan 2 cawan air)
CARA MEMASAK :
1.Sebatikan semua dan kacau hingga cantik larut.Masak diatas api sederhana sambil kacau sentiasa
Ads
2. Masak hingga likat berkilat dan sedikit blup-blup bunyinya. Buang daun pandan. Sendukkan ke dalam mangkuk. Dan biar sejuk.
Ads
Bahan air gula :
Seketul gula melaka
1 cawan air
Sebatang kecil kayu manis
Sehelai daun pandan
CARA MEMASAK :
Didihkan hingga cantik larut. Sudukan ke dalam mangkuk sumsum tadi tadi dan hidang.
Boleh juga disimpan dalam peti sejuk. Enak juga dimakan sejuk.
*kayu manis boleh juga ditukar dengan hirisan halia. *air untuk air gula boleh tambah ikut citarasa manis yang diinginkan.
Mi rebus ni ada macam-macam versi resipinya. Ada yang gunakan daging, ayam dan juga makanan laut seperti udang.
Tapi persamaanya adalah pada penggunaan ubi keledek sebagai antara ramuan utamanya. Resipi yang min kongsikan ini menggunakan udang kering dan juga udang hidup. Memang manis dan sedap kuahnya. Bolehlah cuba nanti.
MI REBUS
BAHAN-BAHAN : 1 paket mee kuning – celur
Bahan sayuran : 50 sen Taugeh – celur Sedikit daun sup – hiris nipis Sedikit daun bawang – hiris nipis Bawang goreng 4 keping tahu di goreng dan dihiris nipis. 5 biji Cili hijau – dihiris nipis Limau nipis/limau kasturi – di belah dua Telur rebus – belah dua
Bahan kuah : Sedikit minyak untuk menumis 4 sudu cili kering yang di kisar 3 biji bawang merah – kisar 3 sudu lengkuas yang di kisar 4 batang serai dikisar halus 2 biji bawang putih – kisar RM 3 udang kering – kisar – lagi banyak lagi sedap. 300gm udang hidup – direbus dan kisar halus 1 kg ubi keledek merah – direbus dan blender halus 3 sudu gula atau secukup rasa Garam secukup rasa 4 sudu sos tomato Air – agak-agaklah
Cara memasak:
1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak dan berbau wangi. 2. Masukkan udang hidup yang dikisar dan air rebusannya sekali. 3. Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya. bubuh garam, gula, aji,sos tomato. 4. Biarkan mendidih dan siap untuk di hidang dan dimakan
Selamat Mencuba !!
Kredit: Aneka Resepi Warisan Bonda
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kadang kita jadi blur tak tahu apa nak dihidangkan pada keluarga untuk bersahur. Jadi kalau korang nak sesuatu yang ringkas tapi sedap, jomlah try buat roti telur sardin ni. Mengenyangkan dan mudah pula nak disediakan. Jadi, selain nasi, boleh juga hidangkan roti telur sardin.
BAHAN-BAHAN
1 tin kecil sardin
4 biji telur
Garam
3biji cili padi (dicencang)
Lada sulah
½ biji bawang holland (dicencang)
Sedikit daun sup dan daun bawang (dicencang)
Roti keping
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Lenyek ikan sardin dan sedikit sosnya.
2. Gaul ikan sardin tadi dengan telur, garam, cili padi, lada sulah, bawang holland, daun sup dan daun bawang sampai sebati.
3. Celup roti dalam adunan sardin.
4. Goreng dalam minyak masak panas seperti menggoreng roti telur biasa tu. Siap.
Burger tepi jalan memang rupanya tak menarik, sos meleleh-leleh tapi rasanya memang terbaik. Lagi sedap daripada burger yang dibeli restoren makanan segera.
Sambil pesan burger kita juga selalu memerhati penjual membuatnya, nampak senang kan. Tapi bila buat sendiri tak menjadi pula, tak sesedap burger yang kita beli di tepi jalan.
Selepas ini kalau nak buat lagi sekali, ikut tip yang dikongsi oleh peniaga burger sendiri, baru rasanya sama sedap. Nak berniaga burger pun boleh guna cara ini ya.
Perasan tak, biasanya kalau beli burger di gerai tepi jalan, luar biasa sedapnya, berbanding yang buat sendiri di rumah.
Rasanya berbeza daripada segi rasa sosnya, keenakkan dagingnya mahupun rotinya yang garing. Ada 12 Tip masak burger yang dikongsikan oleh peniaga burger Adie Redzuan.
Kalau hendak buat berniaga, jual lah burger sebagaimana kita suka makan, baru orang lain pun suka. Jangan kedekut bahan, buat bagi sedap baru boleh kekal lama dalam berniaga.
1.Berat daging
Wajib guna daging 70g. Tak payah nak jimat sangat. Tak untung mana pun. Meniaga kena jujur, harga nak letak mahai, daging nipis, apa cerita?
2. Jangan tekan
Masak daging, jangan tekan semasa menggoreng. Bila tekan jus daging akan keluar. Sebab itu daging jadi kering. Alih-alihkan saja, letak marjering sikit, sikit ja. Jangan sampai banjir sebab dalam daging itu sendiri dah ada minyak.
3. Letak perasa
Daging burger kena lubang-lubangkan. Tak perlu belah tengah pun tak mengapa. Kemudian letak seasoning. Boleh guna Lea and Peirin, letak lada sikit, terangkat la.
4. Letak air bawang putih
Air bawang putih ini untuk menggantikan jus daging yang hilang. Jadi, daging akan jadi juicy. Curah sikit semasa daging dah masak. Cara membuatnya, potong bawang putih, letak dalam air kosong. Masukkan dalam botol, penutup botol buat lubang-lubang sikit.
5. Api sederhana
Guna api sederhana. Api yang kuat juga akan keringkan daging.
6. Roti sapu marjerin
Pastikan roti letak marjerin penuh dan terus letak ja atas kuali. Jangan tekan, jangan meleperkan roti.
7. Lettuce iceburg ganti kobis
Sayur boleh guna ikut cita rasa, selalu orang pakai kobis. Tapi semasa meniaga dulu pakai lettuce iceburg, lebih sedap tapi payah nak dapat hari-hari la. Harga pun agak mahal sikit.
8. Jenis sos
Sos jangan pakai yang murah. Kebanyakan peniaga burger di KL yang top-top pakai Longson. Payah nak jumpa kot. Kalau di Perlis ni, peniaga kebab yang banyak pakai Longson. Sebab tu kebab mereka sedap.
9. Mayones
Mayo pulak paling best pakai Nelly. Mahal tapi sapu sikit ja, jangan tuang macam Ladys Choice tu. Sikit pun dah berasa.
10. Keju
Untuk cheese,boleh pakai smoke bbq. Apa-apa brand pun boleh. Rona dia oren. Mahal sikit, tapi memang berasa cheese dia. Pernah tak beli cheese burger, tapi tak rasa pun cheese, pasal guna cheese murah.
11. Sos Lada Hitam
Blackpepper sos kalau boleh masak la sendiri. Elak beli yang dah siap sebab tak berapa sedap. Mudah saja, masak butter dengan tepung gandum, sampai naik bau sedap. Selepas itu, masukkan oyster, lada hitam kasar, kicap cair, chicken stock, garam. Perasakan dan celup daging dalam kuah blackpepper.
12. Susunan lapisan burger
Akhir sekali aturan letak sayur, sos, mayones. Yang ini kajian sendiri. Sos dengan mayones kalau boleh asingkan. Mayones bawah, sos atas, bila makan, baru terasa dua-dua rasa yang beza. Kalau cheese, letak atas daging yang panas. Bagi cheese cair melekat kat daging.
Senang cerita, kita buat burger, kita sendiri rasa. Jangan kedekut bahan, buat bagi sedap.
Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 mencipta sejarah apabila 16,000 pek bubur lambuk berjaya diagihkan di Dataran Merdeka, sekali gus menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records.