Bubur Kacang Hijau Durian Untuk Hidangan Minum Petang. Sedapnya!

Share

Kalau ada durian di rumah, boleh juga buat bubur kacang hijau durian. Memang sedap. Dah lama rasanya tak makan bubur. Jom kita buat untuk hidangan minum petang nanti mengikut resipi perkongsian saudari Afy AL Habibi.Selamat mencuba!

BUBUR KACANG HIJAU DURIAN

 

BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan kacang hijau
  • 2 cawan santan pekat – beli online DISINI
  • Halia | dihiris nipis
    beli online DISINI
  • 2 helai daun pandan
  • 3 sudu besar gula melaka – beli online DISINI
  • Durian kampung
  • 1 sudu makan gula – beli online DISINI
  • 1/2 sudu kecil garam – beli online DISINI

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Basuh dahulu kacang hijau dan rendam dalam satu jam. Buang air rendaman tadi dan masukkan air baru dalam 4 hingga 5 cawan. Rebus dengan api perlahan sehingga kacang empuk.

 

2. Kemudian, masukkan santan pekat. Kalau nak kuah banyak, tambah lagi air dan santan.

 

3. Untuk menaikkan aroma kuah, masukkan sehiris nipis halia dan dua helai daun pandan.

 

4. Kemudian, masukkan gula melaka.

 

5. Masukkan pula beberapa ulas isi durian kampung.

 

6. Masukkan gula dan garam untuk melemakkan rasa santan. Kuantiti gula bergantung pada citarasa masing-masing. Biarkan kuah mendidih beberapa kali dan kacau sesekali.

 

7. Tunggu hingga sebati dan boleh tutup api. Siap!

 

Kredit resipi & foto: Afy AL Habibi

 

Anda sedang mencari INDUCTION COOKER? Boleh cari DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

 

IKLAN