Buat Tose Air Tangan Sendiri, Garing Di Luar Lembut Di Dalam

Share

Jika singgah ke restoran Mamak, antara yang jadi pilihan adalah roti canai, capati, dan tose. Tetapi, sesekali nak juga cuba hasil air tangan sendiri. Dapat buat lebih. Rupa-rupanya mudah saja buatnya.

Perkongsian Ummu Ashraf yang pertama kali buat tose hasil air tangan sendiri ini begitu mengujakan. Walaupun baru pertama kali mencuba, tetapi hasilnya sama sekali tidak mengecewakan.

Dapat pula dicicah dengan chutney kelapa, kuah dhal dan kuah kari. Silap-silap, boleh ‘ter’makan pula dua keping. Kalau seisi rumah suka tose, lebih baik buat sendiri, kan.

Jom kita cuba.

BAHAN-BAHAN:

1 cawan beras – Boleh beli online di sini

½ cawan kacang ulundu (Urad dhal) – Boleh beli online di sini

2 sudu besar kacang dhal biasa – Boleh beli online di sini

Segenggam nasi sejuk

Sedikit halba – Boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

1. Cuci semua bahan dan rendamkan.

2. Saya rendamkan beras, kacang ulundu (Urad Dhal), sedikit dhal, nasi sejuk dan halba pada sebelah pagi.

3. Selepas 6 jam (atau 8 jam pada sebelah petangnya), toskan air dan kisar semua bahan hingga halus. Tambahkan sedikit air jika perlu.

4. Selepas itu, masukkan ke dalam bekas dan biar semalaman (saya tak letak dalam fridge pun).

5. Kemudian, pada keesokan paginya apabila adunan telah kembang dan berbuih, kacau dan tambahkan garam dalam adunan yang telah diperam semalaman.

6. Sesuaikan kadar pekat atau cair adunan, dan bolehlah mula mencanainya.

7. Panaskan non-stick pan. Letakkan sedikit minyak. Lap dengan kitchen towel.

8. Masakkan adunan hingga keperangan dan dah boleh angkat.

9. Walaupun tanpa chutney kelapa, ada kari pun jadilah. Paling penting, garing di luar lembut di dalam. Guna beras Basmathi pun tetap menjadi. Selamat mencuba.

Kredit: Ummu Ashraf

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN