Buat Tauhu Berlauk Guna Acuan Comel, Gerenti Tak Cukup Satu

Share

Tauhu berlauk ini sedap dimakan begitu saja ataupun dicicah dengan sos cili. Ada juga yang buat pencicah cili kicap seperti tauhu bergedel. Rasanya yang digabungkan dengan isi ayam, tauhu dan tauhu telur memang sedap.

Boleh dikatakan tauhu berlauk ini juga sebagai antara menu sihat disebabkan bahan-bahannya dan cara memasaknya iaitu mengukus. Sesuailah pada yang sering mengamalkan pengambilan makanan yang sihat ini.

Ikuti perkongsian resipi tauhu berlauk daripada Maslinda Catelleya Orchid ini. Kalau dilihat, memang menyelerakan dan gerenti tak cukup satu. Jom cuba buat.

BAHAN-BAHAN:

4 keping tauhu* 

2 batang tauhu telur*

2 biji telur ayam*

1 ketul daging ayam*

1 kiub ayam* – Boleh beli online di sini

Daun sup **

Cili besar merah** – Boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

Mula-mula, panaskan air kukusan.

Kemudian, kisarkan semua yang bertanda *.

Setelah itu, sapukan minyak pada acuan.

Ricih halus bahan-bahan yang bertanda **.

Tuangkan adunan lalu gaulkan pula dengan potongan daun sup dan hirisan cili.

Kukuskan selama 15 minit.

Setelah itu, bolehlah disejukkan dan keluarkan daripada acuan.

Untuk menggoreng, bolehlah dicelupkan ke dalam telur. Goreng sehingga kekuningan dan boleh diangkat.

Sedia untuk dinikmati.

Kredit: Maslinda Catelleya Orchid

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN