Buat Sendiri Stok Seafood, Senang & Jimat.

Share

Kalau sebelum ni kalau beli ikan atau udang korang buang je kepalanya. Mulai hari ni, jangan buang tapi bersihkan dan simpan. Sebenarnya, ia boleh dimanfaatkan untuk dibuat stok seafood atau sebagai bahan perasa tambahan semulajadi tanpa perlu MSG. Masalahnya, mesti korang tertanya-tanya macam mana nak membuatnya. Jangan risau, RASA akan kongsikan dan korang rajin-rajinkan mencuba dan simpan untuk stok, dah tentu ia menjimatkan wang dapur korang.


STOK SEAFOOD
BAHAN-BAHAN:

  • 1 ketul kepala ikan | dibersihkan
  • 1 mangkuk kepala udang | dibersihkan
  • 1 mangkuk kulit udang | dibersihkan
  • 1 sudu makan serbuk lada sulah
  • Air secukupnya
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 1 batang leek | hiris

CARA MEMASAK:

1. Masukkan kepala ikan, kepala udang dan kulit udang yang telah dibersihkan ke dalam periuk.

2. Tambah air dalam periuk, kemdian renehkan atas api sederhana.

3. Setelah mendidih, masukkan hirisan batang leek dan bawang putih.
4. Akhir sekali masukkan serbuk lada sulah.

5. Setelah masak, tutup api, dan tapiskan air rebusan dalam bekas .
6. Biarkan sejuk sebelum dimasukkan dalam botol atau bekas bertutup.
7. Simpannya dalam frezer jika belum sedia digunakan. Atau boleh guna terus jika diperlukan.
8. Stok ini sesuai digunakan untuk tumisan sayuran atau sup.

IKLAN