Buat Sendiri Shawarma Wrap Homemade, Lagi Puas & Isi Lebih Banyak

Share

Siapa yang suka dengan makanan Timur Tengah, bolehlah cuba resipi shawarma wrap homemade ini.

Apa yang istimewanya bila buat shawarma sendiri ni, boleh dapat banyak dan simpan untuk makan beberapa kali.

Resipi yang dikongsi oleh Ummu Ashraf ini, sangat mudah untuk disediakan. Turut dikongsikan sekali resipi roti, perapan daging dan sos tahini.

Resipi roti laffa ni, nipis dan tak macam roti pita.

 

SHAWARMA WRAP HOMEMADE

BAHAN ROTI LAFFA :

1 ½ cawan air suam*
1 sudu kecil gula* – beli online di sini
1 sudu besar yis kering (macam mauri pan)* – beli online di sini
3 cawan tepung gandum (apa-apa jenama pun) – beli online di sini


2 sudu teh garam
1-2 sudu besar minyak zaitun – beli online di sini

TONTON Creamy Garlic Butter Chicken

TONTON Ayam Masak Bali, Enak & Membuka Selera

CARA-CARA:

1. Campurkan bahan bertanda * dalam bekas dan kacau hingga berbuih.
2. Dalam mangkuk lain campurkan, tepung gandum dan garam.
3. Bila adunan yis dah berbuih, campurkan dalam tepung dan uli dalam 5 minit.
4. Masukkan 1-2 sudu besar minyak zaitun dan teruskan menguli hingga adunan lembut macam baldu dan tidak melekat di tangan. Biarkan hingga kembang 2 kali ganda. Tumbuk.


5. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bulat-bulat. Panaskan grill pan.
6. Canai nipis dan letak dalam grill pan. Sapu bahagian atas dengan sikit minyak zaitun. Bila dah mula gelembung-gelembung, terbalikkan.
7. Masak dalam 30 saat -1 minit. Angkat, letak dalam bekas suam.

 

DAGING SHAWARMA

 

BAHAN A:

3 ulas bawang putih – beli online di sini
1 sudu kecil bunga cengkih – beli online di sini
1 sudu kecil garam


1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil “all spice”
½ sudu kecil serbuk cardamom
½ sudu kecil serbuk cinnamon
½ sudu kecil oregano/thyme
½ sudu kecil serbuk buah pala
½ sudu kecil lada hitam
¼ sudu kecil serbuk halia
1/4 sudu kecil serbuk cili – beli online di sini
*kisar kering semua bahan di atas

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

BAHAN B:

1kg daging
¼ cawan jus lemon segar
¼ cawan cuka putih
¼ cawan minyak zaitun

CARA MASAK:

1. Campurkan serbuk yang telah dikisar dengan bahan B kecuali daging.
2. Kemudian, sapukan ramuan ini pada daging dan biarkan semalaman. Saya guna daging bahagian “culotte”. Boleh juga gunakan steak ribeye, flank steak atau skirt steak.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

3. Atau gantikan dengan thigh ayam yang dah dibuang tulang. Kalau diet, dada pun boleh. Esoknya boleh nyahbekukan.
4. Panaskan grill pan. Grill daging sampai separuh masak. Keluarkan. Rehatkan. Hiris nipis. Panaskan grill sekali lagi dan grill daging hiris hingga cara masak yang disukai.

Rempah “Allspice” dalam perapan daging atau nama Latinnya Pimenta Dioica

BAHAN SOS TAHINI:

2 sudu teh pes tahini
3 ulas bawang putih
½ cawan lemon jus
1 sudu teh garam
*kisar semua bahan hingga halus

Kredit resipi: Ummu Ashraf

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN