Buat Sendiri Mentega Homemade Lagi Puas Makan

Share

Mentega ni banyak gunanya. Selain digunakan dalam penghasilan kek, biskut dan manisan, ia juga enak dinikmati sebagai olesan pada roti dan sebagainya. Memang layan!

Tapi tahukah anda, mentega boleh dihasilkan sendiri di rumah? Ha…menarik kan? Mentega homemade ni memang sedap. Rasanya sungguh berkrim, ‘buttery’, lemak-lemak. Memang cukup enak. Jom lihat bahan-bahan dan cara pembuatannya.

BAHAN-BAHAN:

250ml whipped cream/thickened cream/heavy Cream (pastikan tertulis pada kotak, contains 35% milk fat) – KakDah guna jenama Paul’s


Mixer
Ais sejuk campur air batu
Garam
Parsley flake – option
Bawang putih – option

CARA-CARA:

1.Pukul (mixed) whipped cream pada tiga tahap kelajuan dimulai dengan perlahan, sederhana dan laju.

2.Pukul hingga susu terpisah dari pada air. (biasa kes, kalau kita terlajak pukul whipped cream ianya menjadi cair dan lumpy.

 

2. Bila susu dan air dah terpisah, tapis airnya, jangan buang. Ini adalah low fat milk

. Boleh guna untuk membuat benda lain pula.

3.Setelah itu masukkan air sejuk berais tadi dan kacau mentega hingga menjadi kental dan bulat. Buat begini dua tiga kali sehingga air yang dituang tadi menjadi hampir jernih. Selepas ini barulah kita boleh campur garam atau apa sahaja bahan yang kita mahu.

TIP:

Segala campuran bahan tambahan hendaklah dicampur setelah mentega terjadi dengan eloknya.

Nota:

Lepas ni, tak payah beli mentega. Buat sendiri lagi sedap rasanya. Kalau nak jadikan garlic spread, campur ajerlah bawang putih yang telah dicincang, sedikit garam dan parsley flake.

Selamat mencuba.

Resipi perkongsian dari rapidahramli.blogspot.com

Jom shopping peralatan memasak yang baru.  Boleh Klik sini 

 

IKLAN