Buat Sendiri Kuey Teow Kungfu, Isi Banyak & Puas Makan

Share

Makan tengah hari kita masak yang simple saja. Buat Kuey Teow Kungfu dengan isi yang banyak confirm puas sekeluarga makan. Jika makan di kedai rasa macam tak puas, buat sendiri suka hati nak letak bahan yang disukai. Jadi yang teringin nak masak dikongsikan resipi membuatnya.

 

KUEY TEOW KUNGFU

Bahan-bahan untuk goreng:

Sedikit minyak masak

2-3 biji telur

1 paket kuey teow dibahagikan untuk mangkuk-mangkuk seorang makan.

Bahan-bahan:

Untuk kuah

3 biji bawang putih (diketuk)

1 bahagian dada ayam

10 ekor udang & sotong

1 batang lobak merah

4 biji anak jagung (baby corn)

2 pokok sayur kailan

1/2 sudu lada sulah-beli online di sini

3 sudu makan sos tiram-beli online di sini

2 sudu makan minyak bijan-beli online di sini

sedikit garam

1/2 kiub ayam

2 -3 sudu makan tepung jagung dibancuh dengan air

Cara memasak:

1.Panaskan minyak masak.

2.Masukkan bawang putih kacau hingga keperangan dan masukkan isi ayam. Kacau sampai ayam masak

3.Masukkan sos tiram supaya rasa sedap.

4.Masukkan air,kiub ayam. Bila hampir menggelegak masukkan lobak merah, anak jagung,batang kailan, udang dan sotong,masak sehingga sayur agak empuk.

5.Masukkan 1/2 sudu lada sulah berserta sedikit garam.

6.Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung. Agak-agak banyak mana kuah korang nak. fungsi tepung jagung untuk memekatkan kuah.

7.Dah siap, curahkan kuah ke dalam pinggan berisi kuey teow goreng tadi & enak dimakan panas-panas.

Kredit: #DAPURSHAIANNE

IKLAN