Buat Sendiri Ikan Bakar & Air Asam Di Rumah. Memang Mantap!

Share

Kebiasaannya, kalau nak makan ikan bakar yang sedap mesti kita akan beli kat kedai kan? Bukan apa, takut buat sendiri tak menjadi dan rasanya tak sama macam kat kedai. Jangan risau, jom kita cuba guna resipi yang dikongsi oleh Nasriah Ramli. Tak susah pun sebenarnya nak buat ikan bakar ni. Memang sedap!

IKAN BAKAR NAS STYLE

 

BAHAN-BAHAN SAMBAL PERAP:

Bahan Kisar:

  • Cili kering
  • Lengkuas
  • Halia
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Kunyit hidup
  • Serai
  • Ikan bilis atau udang kering

Bahan Lain:

  • Sos tiram
  • Air asam jawa
  • Gula perang
  • Garam
  • Air
  • Daun limau purut
  • Daun kunyit
  • Petai
  • Daun pisang

 

CARA PENYEDIAAN:

  1. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  2. Kemudian, masukkan air asam jawa dan masak hingga kering.
  3. Masukkan sos tiram, gula perang dan garam. Jika terlalu pekat atau kering, tambah sedikit air.
  4. Masukkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit. Barulah masukkan petai.
  5. Bila sambal dah sejuk, lumur pada ikan dan balut dalam daun kunyit atau daun pisang. Perap 30 minit sebelum dibakar.

BAHAN-BAHAN AIR ASAM:

  • Cili merah
  • Cili hijau
  • Cili api
  • Tomato
  • Bawang besar
  • Garam
  • Gula
  • Air asam jawa
  • Belacan
  • Air limau nipis

 

CARA PENYEDIAAN:

  1. Hiris halus cili merah, cili hijau, cili api, tomato dan bawang besar.
  2. Gaul dan lenyekkan bersama garam, gula, air asam jawa dan belacan.
  3. Perah air limau. Nak lagi sedap, boleh letak kerisik dan isi ikan rebus.
  4. Siap!

 

Kredit foto & resipi: Nasriah Ramli

 

Anda mencari KUALI NON STICK? Boleh klik DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

IKLAN