Buat Sendiri Chicken Floss, Lagi Jimat  & Terjamin Bersih!

Share

Kalau pergi kedai roti, suka beli roti yang ada chicken floss. Tapi kalau nak beli siap chicken floss di kedai bakeri, untuk 1kg saja dah nak dekat RM40.

Rupanya, senang je nak buat sendiri chicken floss ni di rumah. Resipi yang dikongsi oleh Raja Azura ini, sangat membantu dan menjimatkan serta terjamin kebersihannya.

 

CHICKEN FLOSS

BAHAN-BAHAN:

2 ketul isi dada ayam
5 tangkai cili kering –beli online di sini
5 biji cili padi – beli online di sini
10 biji bawang merah kecil
6 ulas bawang putih
2 batang serai
3 sudu besar gula
½ sudu serbuk ketumbar
½ sudu teh garam
½ sudu serbuk jintan
100ml santan

CARA MEMBUAT:

1. Rebus isi ayam hingga masak. Kemudian, sejukkan dan carik-carikkan.
2. Kisar semua bahan hingga lumat (kecuali isi ayam) dan masukkan semua sekali ke dalam bread maker (BM).

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


3. Tetapkan pada menu serunding/bakar (bake), untuk proses seterusnya. Ulang proses hingga floss betul-betul kering.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

4. Boleh pilih untuk carik-carikkan isi ayam sebab saya bagi mudah dan cepat proses floss kering (boleh tengok video di sini).


5. Nak masukkan seketul macam saya pun boleh, tapi proses kering tu lama sikit. Jadi terpulang nak ikut yang mana (boleh tengok video di sini)

Kredit resipi: Raja Azura

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN