Buat Sendiri Chee Cheong Fun Sedap Macam Di Kedai

Share

Ada yang rindu resipi masakan cina seperti Chee Cheong Fun tak? PKP ni nak ke mana pun tak boleh. Jadi kita kenalah buat sendiri. Ikut langkah yang dikongsi oleh Norfazida Gda gerenti jadi. Siapa yang ada pengalaman melaksam, tak la rasa susah dan lebih lancar.Memang ringkas dan sedap di makan.


CHEE CHEONG FUN atau
RICE NOODLE ROLL
Bahan kulit:


2 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung ubi
2 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar minyak masak
2 cubit garam
Air secukupnya
Daun bawang (didadu)

Cara membuat:
1.Campurkan semua bahan, bancuh sebati. Tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
2.Sapukan minyak pada tudung periuk/ loyang/ pinggan. Letakkan 4 sudu adunan dan ratakan.
3.Kukus seperti membuat kuih laksam selama 1-2 minit. Bila sudah masak, letakkan inti dan gulungkan.

Bahan inti:
1 biji lobak merah (disagat)
1/2 biji sengkuang (disagat)
3 biji bawang merah (diracik)
2 ulas bawang putih (diracik)


3 sudu besar udang kering (tumbuk kasar)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis

Cara memasak:
1.Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga garing.
2.Masukkan udang kering.


3.Kemudian masukkan sos tiram dan kicap sambil dikacau.
4.Akhir sekali masukkan lobak merah dan sengkuang. Masak hingga sekata.

Bahan kuah:
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
½ sudu besar gula perang/pasir
Minyak bijan (saya tak letak)
1/2 cawan air
Bijan

Cara memasak:
1.Masak semua bahan hingga mendidih.
2.Tuangkan ke dalam bekas. Taburkan bijan.
3.Boleh siram di atas gulungan chee chong fun atau sebagai sos pencicah. Siap untuk dihidang


Kredit: #norfazidagda

IKLAN