Buat Sendiri Beef Prosperity, Sedapnya Setanding Macam Yang Dijual

Share

Burger properity sering jadi rebutan buat peminatnya. Kadang kehabisan bila saat kita teringin nak makan.Jadi apa kata buat sendiri secara homemade, sedapnya sama macam dijual tu. Dikongsikan resipi membuatnya.

 

RESIPI BEEF PROSPERITY

Bahan-bahan patty daging:

Daging cincang frozen

1 sudu kecil lada hitam-beli online di sini

1 sudu kecil oregano-beli online di sini

1 sudu kecil paprika

1 sudu kecil sos seafood

1 sudu kecil kiub pati ayam-beli online di sini

Bawang Holland(cincang)

2 ulas bawang putih(cincang)

1 sudu kecil cinnamon(serbuk kayu manis)

1 biji telur

garam

*gaulkan daging cincang dengan semua bahan di atas. Perap 30 min.

 

Cara-cara grill beef:

1.Bentukkan beef ikut kreativiti masing-masing.

2.Letak 1 sudu butter dalam pan(bakar pun boleh) grill sampai masak.

 

Bahan black pepper sos:

 

1 sudu butter

3 sudu kicap manis

Bawang Holland(cincang)

2 ulas bawang putih(cincang)

1 susu kecil lada hitam

Air bancuhan tepung jagung(pekatkan sos)

1 sudu kiub pati ayam

Air masak

Garam

Cara masak sos lada hitam:

  1. Masukkan 1 sudu butter tumis bawang putih dan bawang Holland.Tumis sampai naik bau.
  2. Masukkan bancuhan air tepung jagung,kiub pati ayam,kicap manis,lada hitam dan sos seafood.
  3. Masukkan air masak dan masukkan sedikit garam,sos seafood dah masin tak perlu garam banyak-banyak . Masak sampai sos pekat dan ketepikan.

*hiaskan beef prosperity dengan salad,hirisan apple hijau,slide cheese,hirisan bawang holland dan tomato.. Sebelum hias celup beef dalam sos black pepper.

Selamat mencuba!

Kredit: Puteri Hana Sofia

IKLAN