Buat Sendiri Baru Puas Makan. Resipi Cendol Mudah & Sedap Untuk Berbuka

Share

Sedapnya kalau dapat makan Cendol sejuk-sejuk terutamanya setelah sehari berpuasa. Mudah sahaja caranya untuk membuat minuman ini secara homemade. Bukan tidak boleh dibeli, tetapi andai dibuat sendiri, rasanya lebih enak dan puas makan. Anak-anak nak tambah pun boleh seberapa banyak yang disukai. Menerusi perkongsian saudari Shida Ambok, beliau mendapat resipi ini dari pekerja kakaknya. Memang sedap dan mudah. Berbaloi untuk buat sendiri. Dapatlah makan puas-puas. Cara membuatnya pun senang sahaja. Jom cuba resipi Cendol mudah ni. Pasti puas hati dengan rasanya.

CARA BUAT CENDOL SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:

1.5 kg cendol segera
1 tin susu sejat beli online disini
1 tin santan pekat beli online disini
Secubit garam
Gula melaka /Gula merah beli online disini
Ais

CARA MEMASAK:
1. Cendol jika mahu lebih sedap, boleh guna santan dari kelapa parut yang dikisar halus kemudian diperah santannya. (tapi empunya resipi guna santan kotak sahaja)

2. Ambil 1 tin susu sejat kemudian campurkan dengan santan pekat tadi. Sukatan santan adalah 1 tin (Nisbah1:1) – sukat guna tin susu sejat yang sama.

3. Kacau dan campurkan secubit garam untuk menaikkan rasa.

4. Cairkan gula melaka/ gula merah di atas api dengan sedikit air. Setelah larut tutup api dan tapis.

5. Untuk penyediaan, isikan cendol, gula melaka diikuti santan mengikut selera ke dalam mangkuk. Lebih sedap jika ditambah ais.

6. Cendol sedap sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Shida Ambok

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN