Buat Sendiri Air Vitagen, Cukup Rasa Confirm Berulang Kali Minum

Share

Anak-anak kalau dapat minum vitagen, sangat suka mereka. Memang kalau beli satu tak cukup mesti beli sedozen. Elok juga tahu membuatnya sendiri, jimat dan puas minum. Dikongsikan cara membuat air vitagen ni. Bahan-bahan pun simple dan cara penyediaannya juga mudah.

AIR VITAGEN HOMEMADE

Bahan-bahan:

Oren Sunquick

Susu pekat-beli online di sini

Susu cair-beli online di sini

Air sejuk (Tambahan kalau nak letak ais pun boleh)

Cara membuat:

1.Bancuhkan air sunquick pekat sehingga air rasa betul-betul.( masam (rasa kaw-kaw).

2.Masukkan susu pekat ikut kemanisan yag anda suka.

3.Tambah susu cair sikit untuk bagi rasa lemak-lemak (sebagai pilihan, tak nak letak pun tak pe)

4.Goncang sekuat hati. Nak minum terus boleh atau nak letak ais pun boleh atau nak simpan dalam peti sejuk, minum pagi esok pun lagi sedap.

Kredit: Che Mohd Lukman

 

 

IKLAN