Buat Rendang Ayam Resipi Turun-Temurun, Menu Ini Habis Dulu

Share

Menjelang Hari Raya, pastinya tak lengkap menu hidangan tanpa rendang. Enak dimakan dengan nasi impit, ketupat, mahupun lemang. Rendang ayam antara yang sering menjadi tumpuan.

Setiap keluarga ada resipi mereka yang tersendiri dalam menyediakan rendang. Begitu juga dengan keluarga Norzy Yusuff. Resipi rendang ayam ini turun-temurun daripada bondanya. Rendang ayam yang enak ini juga dikatakan menu kegemaran keluarga besar mereka dan paling cepat habis apabila mereka mengadakan jamuan rumah terbuka. Pasti sedap.

Apa tunggu lagi? Jom kita ikuti perkongsian resipi rendang ayam turun-temurun daripada Norzy Yusuff

ini. Selamat mencuba.

BAHAN-BAHAN:

2 ekor ayam

(BAHAN A)

15 ulas bawang kecil*      

2 labu bawang putih* – Boleh beli onlline di sini

6 inci halia* – Boleh beli online di sini

15 batang serai* (8 batang dihiris/ 7 batang dititik)

*Bahan bertanda (*) semuanya dihiris.

(BAHAN B)

3 ketul kunyit hidup**

1 ½ genggam cili api** – Boleh beli onlline di sini

*Bahan bertanda (**) semua dikisar hancur.

1 mangkuk minyak

1 ½  kilo santan

5 senduk cili kisar – Boleh beli onlline di sini

4 sudu rempah kari ayam 

4 sudu kerisik – Boleh beli onlline di sini

2 sudu garam (sudu penuh)

2 sudu gula

3 helai daun kunyit

1 keping asam keping – Boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

Panaskan semangkuk minyak di dalam kuali.

Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia. Kacau sehingga naik bau dan agak layu.

Masukkan serai yang telah dititik.

Masukkan pula cili kisar dan tumis hingga cili masak.

Kemudian, masukkan cili api dan kunyit yang telah dikisar.

Masukkan gula. Kacau rata.

Setelah itu, bolehlah dimasukkan ayam. Keringkan air ayam seketika.

Kemudian, boleh masukkan santan. Kacau rata.  

Masukkan rempah kari ayam. Biarkan mendidih.

Masukkan kerisik, diikuti dengan daun kunyit dan asam keping.

Perasakan dengan garam secukupnya.

Akhir sekali, taburkan hirisan daun kunyit.

Tunggu hingga kuah sedikit kering dan dah siap ayam rendang resipi turun-temurun. 

NOTA: Rendang ini masih basah dan berkuah. Saya belum keringkan betul-betul. Esok pagi akan dipanaskan dan akan dikeringkan sedikit lagi.

Selamat mencuba.

Kredit: Norzy Yusuff

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN