Buat Macam Ni Nak Bagi Ayam Goreng Berempah Sedap Rangup

Share

Siapa yang tak suka ayam goreng kan? Semua orang suka ayam goreng. Tapi macam mana nak buat ayam goreng yang sedap?

Melalui perkongsian daripada saudari Rohana Mat Ramli, dia menggunakan resipi ini untuk meniaga nasi bajet ayam goreng berempah.

 

CARA BUAT AYAM GORENG BEREMPAH RANGUP

BAHAN-BAHAN:
(untuk 4 ekor ayam)

*1 genggam cili kering kisar – beli online di sini
*10 batang serai (nak letak lebih pun boleh) | potong kasar – beli online di sini
*2 labu bawang putih – beli online di sini


*3 biji bawang besar – beli online di sini
*1 ketul besar halia – beli online di sini
*Lengkuas – beli online di sini
2 senduk serbuk kari – beli online di sini
Kunyit @ serbuk kunyit – beli online di sini
1 paket kecil tepung jagung – beli online di sini
Sebelah kelapa parut (inilah bahan penyedap rasa & penambah kerak ayam goreng berempah)
Daun kari
2 sudu gula – beli online di sini
Garam secukup rasa
1 biji telur

TONTON  Dapur Rasa Live: Asam Pedas Ikan Kembung

TONTON Makan Di Mana Ep16: Sekali Pekena Gerenti Tersandaq

CARA-CARA:

1. Sangai bahan ketumbar, jintan manis, jintan putih. Kemudian dikisar kasar.
2. Bahan yang bertanda (*) dikisar. Ketepikan.


3. Ayam dipotong dan dibersihkan. Kalau ayam saiz kecil potong 10, kalau besar sikit potong 12. Lepas dibersih, toskan airnya.
4. Di dalam satu bekas/besen yang besar, gaulkan bahan yang dikisar dengan ayam. Gaul hingga kesemuanya sebati. (klik di sini untuk video)

5. Perap sekejap, kemudian sedia untuk digoreng.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

CARA BUAT KUAH KARI BIASA

1. Tumis daun kari, bawang putih dengan bawang merah yang dimayang sampai garing.
2. Masukkan rempah yang dibancuh dengan air sampai pecah minyak. Kemudian, masukkan pati santan. Masak lagi sikit sampai pecah minyak.
3. Masukkan ayam dan kaki ayam atau apa saja. Kacau, kemudian masukkan santan cair, bahan perasa secukup rasa. Dah siap.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Kredit resipi: Rohana Mat Ramli

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN