Buat Acar Buah Homemade, Tak Perlu Tunggu Kenduri Kalau Teringin

Share

Lazimnya, acar buah akan ditemui di majlis-majlis kenduri kahwin. Memang enak gandingannya dimakan bersama nasi minyak dan ayam masak merah. Namun, jika sesekali teringin atau ingin bawa untuk bercuti, boleh saja kita masak acar buah ini.

Menurut Acu Ija yang berkongsi resipi Acar Buah yang cantik merah kuahnya ini acar ini tahan berbulan-bulan jika disimpan di dalam peti sejuk. Sesuai juga untuk dibawa bercuti. Jom kita cuba buat. Boleh buat stok. Bila teringin, ambil saja di dalam peti sejuk. Buat ratah sahaja pun sedap ni.

ACAR BUAH

BAHAN-BAHAN:

Jeruk buah-buahan

Bawang putih – Boleh beli online di sini

Bawang kecil

Halia

Cili kering

Jintan manis – Boleh beli online di sini

Jintan putih – Boleh beli online di sini

Ketumbar – Boleh beli online di sini

Cili api

Sos cili

Gula

Cuka – Boleh beli online di sini

Garam

Kismis

Biji bijan – Boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

Racikkan bawang putih, bawang kecil dan halia.

Guntingkan cili kering dan buang bijinya. Rebuskan dan kisar bersama minyak dan air.

Tumbukkan jintan manis dan ketumbar. Nisbahnya sama. Dan campurkan sedikit sahaja jintan putih.

Gorengkan bawang putih dan cili api.

Tumiskan halia, bawang putih, bawang kecil.

Kemudian, masukkan cili kering yang telah dikisar.

Masukkan sos cili, gula, cuka dan sedikit garam. Masak sehingga pecah minyak.

Akhir sekali, proses paling menarik. Masukkan jeruk buah-buahan. Letakkan juga kismis. Kacau rata.

Apabila dah siap, bakarkan biji bijan dan taburkan ke atas acar tersebut.

Siap.

Kredit: Acu Ija

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN